Penunggang Kuda Misteri Di sebuah Banjaran yang tersembunyi di Pir Panjal


 Di sebuah Banjaran yang tersembunyi di Pir Panjal, Jammu dan Kashmir, India, tersimpan satu misteri iaitu Penunggang Kuda Misteri. Patung-patung batu ini ditemukan di tiga lokasi terpencil dan ini membuatkan tanda tanya bagi ahli sejarah dan arkeologi.

Manakala di Gool, Daerah Ramban terdapat lebih daripada seratus patung ini berdiri megah dan terdapat sebahagian patung ini setinggi lebih 8 kaki. Kewujudannya yang unik menjadi tanda tanya serta menimbulkan rasa kagum dan ingin tahu.

Asal usulnya masih tidak jelas, namun ada teori yang mengaitkannya dengan White Huns iaitu puak Asia Tengah yang memerintah diantara abad ke-5 hingga ke-7. Terdapat seorang penerintah bernama  Mihirkula yang sering dikaitkan dengan patung-patung ini, tetapi tujuan sebenar pembinaannya masih kekal misteri.

Tiga daripada patung ini kini dipamerkan di Muzium SPS di Kashmir dan memberikan gambaran sekilas tentang perkara yang wujud pada zaman purba ini.

Comments