keunikkan bunga orkid hantu yg aneh


 Dendrophylax lindenii, orkid hantu (atau dengan gelaran Epipogium aphyllum) ialah epifit saka yang jarang ditemui daripada keluarga orkid (Orchidaceae). Ianya berasal dari Florida, Bahamas dan Cuba. Nama lain termasuk polly sawit dan orkid katak putih.


Julukan khusus "lindenii" yang di ambil dari nama penemunya, pengumpul tumbuhan Belgium Jean Jules Linden, yang melihat orkid ini buat kali pertama di Cuba pada tahun 1844. Tidak lama kemudian, ia juga ditemui di Everglades di Florida.

Kisah menyeramkan kampung sungai lakit


 Sebut sahaja Kampung Sungai Lakit, pasti pelbagai kisah dan kejadian misteri sering dikaitkan dengan lokasi ini, malah turut dikatakan 'keras' serta menyimpan cerita seram.

Kes kemalangan yang sering berlaku di kawasan perkampungan yang berada di laluan utama, Jalan Gua Musang-Kuala Krai ini juga, seakan-akan mengalami kisah yang dialami pengguna jalan raya di sini.

Ada yang mendakwa, mereka pernah melihat susuk badan wanita bersama anak di pangkuan melintasi jalan di waktu malam, malah ada juga pernah menyaksikan susuk berwarna putih berterbangan di ruangan udara serta mengeluarkan bunyi yang menyeramkan.

Penghujung tahun 2016 lalu, seorang guru mendakwa pernah mengalami kejadian aneh sekitar jam 10.30 malam, antara Kampung Sungai Lakit, sebelum tiba di kawasan Kesedar Paloh, Gua Musang.

Menerusi akaun Facebooknya, Amin Hussin memberitahu, ketika tiba di lokasi, kereta dipandunya tiba-tiba gelap di bahagian tingkap belakang.

Lebih bingung lagi, katanya, walaupun berulang kali menekan brek untuk melihat bias cahaya tetapi gagal.

“Bila nampak ada kenderaan di depan, saya terus kejar kereta itu, tapi kereta terasa amat berat walaupun saya tekan minyak sekuat hati, ia tetap perlahan.

"Allahuakbar, saya dan isteri panik, bunyi cengkaman pada bumbung dan belakang tetapi kereta sangat jelas. Hanya ALLAH sahaja yang tahu perasaan kami ketika itu.

"Pintu di bahagian penumpang macam ada sesuatu yang ingin merobek dan seperti ingin dibuka oleh seseorang. Semakin kuat ayat suci Al-Quran dipasang, semakin banyak bunyi di sekeliling kereta saya," jelasnya.

Tambahnya, tiba di Paloh, keadaan kembali seperti biasa namun ‘kesan’ yang ditinggalkan itu cukup jelas iaitu calar pada bumbung dan tetapi belakang kereta.

"Nasib baik saya tak lari dan boleh teruskan pemandu hingga selamat tiba ke destinasi. Kejadian ini kali kedua kami alami dan kejadian pertama lagi dahsyat.

"Untuk pengguna jalan ini, hati-hati memandu. Zikir ALLAH dan azan jika rasa mengantuk dan rasa luar biasa," katanya.

Objek putih terbang melintas jalan

Sementara itu, kakitangan kerajaan, Muhamad Faizal Ab Rahim berkata, awal bulan April 2017 lalu, dia turut diduga dengan kejadian aneh selepas melepasi pintu gerbang Gua Musang apabila ternampak objek berwarna putih terbang dari kiri ke kanan jalan.

"Ketika itu tepat 12 malam. Sebelum ini, rakan-rakan pernah pesan, jika memandu seorang diri, elakkan berada di kawasan itu selepas jam 12 tengah malam.

"Tapi atas sebab-sebab yang tak boleh dielakkan, saya terpaksa ke Gua Musang waktu itu atas urusan kerja. Saya lihat dengan jelas objek itu terbang melintasi jalan.

"Ketika itu, memang saya tak tahu nak buat apa selain berzikir dan cuba lajukan kenderaan. Ini kejadian kedua dan dijangka yang terakhir," katanya.

Bagaimanapun, kata Muhamad Faizal, rakannya dari Kuala Lumpur dan menuju ke Besut, Terengganu, pernah berdepan dengan situasi yang lebih mencemaskan di kawasan sama.

“Sampai di kawasan itu, sesuatu melintas dengan laju dan dia berhentikan kereta untuk melihat objek yang dilanggar.

"Bahagian hadapan kereta remuk tapi tak ada sebarang objek di situ. Yang ada hanya helaian rambut panjang yang melekat di bahagian hadapan kereta," katanya.

Tidak pernah diganggu

Bagi penduduk Kampung Sungai Lakit, Che Norizma Azmira Che Nasir, 18, dia tidak menafikan ada beberapa orang turut bertanyakan kejadian aneh itu di kawasan tempat tinggalnya.

"Saya membesar di sini. Memang ramai yang bertanya, namun saya dan keluarga tidak pernah mengalami sebarang gangguan," katanya.

Peniaga, Sapinah Che Tih, 59, berkata, sudah hampir tujuh tahun dia mendiami kedai di tepi jalan berkenaan, namun tiada sebarang kejadian pelik yang dialaminya seperti didakwa pengguna jalan ini.

"Saya buka kedai dah lama dan saya juga tinggal di kedai ini. Sepanjang tujuh tahun, sekali pun tak pernah ada gangguan walaupun kedai kami bertapak di tepi jalan utama.

“Malah, suami saya pemandu teksi dan sering pulang lewat malam, antara jam 1 atau 2 pagi.

"Tapi, dia tak pernah nampak atau diganggu makhluk halus atau kejadian aneh," katanya yang tinggal di kedai bersama suami dan anaknya.

Misteri di sebalik menara jam di tengah tasik

                                                                       Lago di Resia.
 

Sebuah menara misteri yang terletak disebuah tasik, Lake Reschen, Itali, sememangnya menjadi tanda-tanya kepada sesiapa sahaja yang melihatnya. Tasik ini merupakan tasik buatan manusia terbesar di Itali dengan kapasiti 120 juta meter padu.

Namun, siapa menyangka disebalik tasik ini, dahulunya merupakan sebuah perkampungan indah yang didiami manusia, yang diberi nama Kampung Graun dan terletak di wilayah Vitchgau, Itali.

Perkampungan itu menempatkan 163 buah rumah dan sebuah gereja yang unik seni binanya serta lengkap dengan menara loceng.

Gereja itu dikenali sebagai 'Church of Altgraun' dan terkenal dikalangan masyarakat tempatan.

Kebanyakan mereka bekerja sebagai petani dan penternak sehinggalah semuanya berubah sekelip mata.


Pada tahun 1939, sebuah syarikat elektrik terbesar ketika itu, Montecatini, yang kini dikenali sebagai Edison Energia, merancang untuk membina sebuah tasik buatan sedalam 22 meter.

Dengan tujuan pembinaan untuk menjana kuasa elektrik, tasik buatan yang bakal dibina akan menyatukan dua buah tasik semulajadi berdekatan perkampungan tersebut iaitu Tasik Reschensee dan Tasik Mittersee.

Bagaimanapun, rancangan tersebut mendapat tentangan hebat daripada penduduk tempatan.

Ini kerana jika kedua-dua tasik bercantum, ia akan mengakibatkan banjir besar dan perkampungan mereka bakal tenggelam.

Malangnya, tentangan mereka tidak diendahkan oleh syarikat tersebut dan pembinaan tetap diteruskan pada bulan April 1940.

Namun, kerja pembinaan hanya sementara apabila penduduk tempatan menentang sekeras-kerasnya dan dikatakan telah berlaku peperangan yang menyebabkan pembinaan terbengkalai separuh jalan.

Pada bulan Julai 1950, bahagian utama gereja diperkampungan itu telah dirobohkan dan puncanya tidak diketahui sehingga sekarang.

Dikatakan, ia adalah agenda syarikat tersebut untuk meneruskan perancangan untuk membina tasik tetapi yang peliknya menara jam tidak pula dirobohkan.

Akhirnya pada hujung tahun 1950an, perkampungan berdekatan tasik buatan ini, Graun dan Reschen, lama-kelamaan tenggelam disebabkan banjir besar yang melanda.

Punca banjir dikatakan akibat pembinaan tasik yang terbengkalai dan kesannya, semua rumah dan tanah seluas 523 hektar tenggelam.

Apa yang tinggal hanyalah menara jam sisa runtuhan gereja yang dirobohkan sebelum itu.

Sehingga kini menara itu masih kelihatan dan dianggap misteri kerana kedudukannya ditengah-tengah tasik.

Kini, menara jam itu dikenali sebagai Lago deResia dikalangan masyarakat tempatan dan jika dilihat sekali imbas, menara tersebut seolah-olah terapung dipermukaan tasik.

Hakikatnya, menara jam tersebut sebenarnya tenggelam separuh.

Apa yang menarik, menara jam kurun ke-14 ini juga masih kelihatan utuh berbanding usianya.

Malah, sehingga kini ia masih boleh dilihat diatas permukaan air setinggi 20 kaki.

Ketika musim sejuk, ketika tasik membeku, menara jam itu boleh dikunjungi sesiapa saja dengan hanya berjalan kaki. Ia juga menjadi salah satu daya tarikan yang menjadikannya sebagai lokasi untuk dilawati.

Namun, disebalik keunikan itu, terdapat satu misteri yang belum dapat dirungkai sehingga sekarang.

Menurut lagenda, bunyi loceng dari menara jam masih lagi kedengaran pada waktu malam terutamanya ketika musim sejuk.

Yang peliknya, loceng yang ada dimenara jam itu telah dialihkan pada 18 Julai 1950, seminggu sebelum gereja dirobohkan!