Pengorbanan Isteri di kuburkan Hidup2 Demi Kasih suami


 

Mayat seorang lelaki dan wanita ditemui bersama di sebuah kubur purba di Ukraine. Disyaki wanita itu ditanam hidup-hidup untuk menemani suaminya yang telah meninggal dunia. Kejadian ini dinamakan "pengorbanan muktamad seorang isteri demi sebuah cinta yang berkekalan selama 3000 tahun."

Pasangan itu ditemui berpelukan di dalam kubur yang berasal dari Zaman Gangsa. Ahli arkeologi percaya bahawa wanita itu memilih untuk dikebumikan bersama suaminya, mungkin juga meminum racun sebelum memasuki kubur. Pakar forensik menyatakan, kedudukan sayang mayat wanita itu menunjukkan dia masih hidup ketika dikebumikan.

Pasangan itu berasal dari budaya Vysotkaya (atau Wysocko) prasejarah dan ditemui berhampiran perkampungan Petrykiv, di wilayah selatan bandar Ternopil, barat Ukraine. Penemuan ini adalah bukti luar biasa cinta abadi yang telah wujud selama beribu-ribu tahun.

Comments