dairishare

berita,info,sejarah,pelik,seram,unik,gambar,lawak,hiburan

Sunday, 14 August 2022

Kawasan Perkuburan Di Atas Pokok Untuk Kanak-Kanak

No comments :
Perkuburan atas pokok pasti akan kedengan pelik tetapi di daerah Nyingchi dan Kangbei, Tibet, bagi kanak-kanak yang berumur 13 kebawah mereka akan dikuburkan  di atas pokok. Bayi yang baru meninggal dunia dimandikan menggunakan air bergaram sebelum diletakkan di dalam keranda dan kemudian digantung pada pokok.

Masyarakat setempat percaya tradisi tersebut akan memudahkan kanak-kanak tersebut akan lebih mudah naik ke syurga apabila diletakkan di atas pokok.

"Keranda" mereka terdiri dari kotak kayu, bakul anyaman dan juga bekas plastik. Keranda berisi jenazah bayi lelaki diletakkan pada atas pokok manakala keranda bayi perempuan pada bahagian pangkal pokok.

Masyarakat tempatan percaya roh bayi akan lebih mudah naik ke syurga apabila diletakkan di atas pokok. Apabila keranda mereput tulang belulang mereka akan jatuh ketanah dan dibiarkan begitu sahaja.  Tradisi pengekebumian ini mungkin agak berbeza tetapi jika dibandingkan dengan tradisi "sky burial" untuk  dewasa, ianya tidak berapa mengerikan.





Friday, 22 August 2014

Gambar Makhluk Aneh Yang Mungkin Anda Belum Pernah Lihat

No comments :
Strange Animals That Exist in Real Life









Saturday, 9 August 2014

Jutawan-Jutawan Arab Tayang Kereta Mewah Di Kota London

No comments :
Jutawan minyak dari Timur Tengah, termasuk Qatar, Arab Saudi, Emiriah Arab dan Kuwait, yang menetap di tengah-tengah bandar London punya cara mereka sendiri untuk meraikan Lebaran dengan penuh gaya dan kemewahan.

Dilaporkan oleh dailymail (07/08), para jutawan dari Timur Tengah kelihatan asyik menikmati percutian pasca Ramadhan mereka segala keglamoran yang di bandar metropolitan tersebut. Di samping itu, kehadiran mereka ini begitu terasa dengan kemunculan kereta-kereta super mahal mereka yang memadati jalanan London.

London memang kerap menjadi destinasi pelancongan para jutawan Timur Tengah setiap pasca Lebaran untuk menghabiskan wang mereka.

Tahun lalu saja, salah satu syarikat kad kredit Worldpay dikhabarkan mengaut keuntungan sehingga 73.2 juta Pounds, dari hasil belanja barang mewah para 'jutawan minyak' itu.












Sunday, 16 February 2014

Gambar Ini Telah Di Lihat Lebih Dari 1 Billion Kali

No comments :
Jika anda ingin tahu gambar mana yang paling banyak dilihat sepanjang masa, mungkin ini lah jawapannya. Sangat mungkin, foto ini tidak asing di mata anda. Dipetik dari petapixel.com, foto ini telah dilihat lebih dari 1,000,000,000 kali.

Foto yang dipilih sebagai Wallpaper lalai dari Windows XP ini disebut Bliss. Bliss memperlihatkan gambar bukit hijau di Sonoma County, Kalifornia. Foto ini diambil oleh jurugambar bernama Charles O'Rear menggunakan kamera dengan format medium.

Tidak dinyatakan berapa harga yang perlu dibayar Bill Gates untuk foto ini, namun O'Rear menyebutkan harganya "luar biasa".

Jika anda tertarik dengan lokasi pengambilan gambar, carilah alamatnya di 3101 Fremont Dr. (Sonoma Hwy.), Sonoma, CA. Anda juga boleh mencarinya di google maps dengan koordinat 38.250124, -122.410817.

Berikut gambar yang diambil dari lokasi yang sama:


Saturday, 23 November 2013

Proses Pembuatan Pingat Emas Sukan Olimpik 2014

No comments :
Pingat dikeluarkan untuk Sukan Olimpik 2014 Musim Sejuk di Sochi, di kilang barang kemas Adamas di Moscow. Kilang pembekal pingat rasmi 2014 Sukan Olimpik Musim Sejuk dan Sukan Paralimpik di Sochi.

Sekitar 3 kg (6.61 lb) emas telah digunakan dalam jumlah plat pingat, yang mempunyai ketebalan 10mm dan diameter 100mm, dengan 18 jam kerja yang diperlukan bagi setiap satu dibuat. Di ukir  dalam Bahasa English dan logo Permainan sukan. Nama Permainan sukan dalam Bahasa Rusia, Bahasa English dan Perancis terukir pada rim.

Secara keseluruhan, satu rekod 98 set pingat akan menjadi rebutan dalam 15 sukan.















Thursday, 17 October 2013

Misteri ! Keindahan Sungai Tanpa Hulu

No comments :
Sungai ini yang dikelilingi dengan pokok kelapa dan mempunyai air yang jernih dan berwarna biru membuatnya kelihatan seperti syurga sungai di Filipina. Tapi sungai yang mempunyai nama Hinatuan ini yang membelah pulau Mindanao dan juga kedua terbesar di bahagian selatan wilayah Filipina ini tidak mempunyai sumber air yang tidak diketahui puncanya.

Bahkan menurut beberapa cerita yang beredar dikalangan masyarakat setempat, terkadang pada musim-musim tertentu akan terdapat begitu banyak sekali ikan, kadang-kadang tidak ada ikan sama sekali.

Sebenarnya semua sungai mempunyai dasar atau hulu. Tertapi berdasarkan besarnya mulut gua yang besar tersebut yang terus menuju kedalam bumi, dasar sungai tersebut bahkan tidak boleh dilihat. Bahkan para penyelam pernah melakukan kajian untuk mencari dasar sungai, tapi semakin kedalam para penyelam tersebut menemui beberapa gua lagi yang makin kecil dan sempit. Inilah dasar yang menjadikan sungai tersebut dinamakan sungai tanpa dasar atau tidak mempunyai hulu.

Kerana berdekatannya dengan laut, beberapa orang percaya sungai ini terbentuk ketika air laut mengalir melalui terowong panjang dan gua-gua yang dalam ke bawah tanah yang akhirnya muncul ke permukaan ketika musim bunga. Ditempat ini juga dijadikan para pengunjung untuk berlatih  berenang.






Jangan Lupa Like ya
×