Sunday, 9 February 2025
Wajib tanpa pakaian untuk mandi kolam air panas di jepun
APABILA melancong ke Jepun, agak rugi jika tak cuba onsen iaitu kolam mandi air panas semula jadi yang sangat terkenal di negara matahari terbit tersebut.
Dengan lebih 25,000 sumber air panas di seluruh Jepun dan kira-kira 3,000 kemudahan onsen, pengalaman berendam dalam air panas ini pastinya satu perkara dinanti-nantikan ramai pelancong.
Secara tradisional, onsen di Jepun memang mengamalkan mandi secara berbogel kerana dipercayai dapat membantu badan lebih relaks dan menikmati manfaat air panas semula jadi.
Malah, kebanyakan onsen juga tidak membenarkan pemakaian pakaian mandi atau tuala dalam kolam.
Tapi bagi pelancong Muslim, ia menjadi satu cabaran utama.
Ini kerana, kebanyakan onsen awam mewajibkan pengunjung untuk mandi dalam keadaan tanpa benang!
Jadi, bagaimana nak menikmati pengalaman onsen tanpa perlu melanggar batas aurat?
Kolam air panas dikatakan boleh membantu badan lebih relaks.
Bagi mereka yang mahu menjaga aurat tetapi masih ingin merasai kehangatan air panas Jepun, ini antara cara yang boleh dicuba:
Cari Airbnb atau hotel dengan 'private onsen'
Banyak hotel dan Airbnb di Jepun menawarkan bilik dengan onsen peribadi, jadi anda boleh menikmati pengalaman mandi air panas tanpa risau tentang aurat.
Pilih onsen yang menyediakan 'mandi peribadi'
Sesetengah onsen menawarkan bilik mandi peribadi yang boleh disewa untuk jangka masa tertentu.
Ini membolehkan anda menikmati onsen secara tertutup tanpa perlu berkongsi dengan orang lain.
Pengalaman peribadi di Aomori, Jepun
Mengikut perkongsian Muaz Fariz, pencipta kandungan yang banyak berkongsi pengalaman percutian di Jepun, dia pernah menyewa sebuah Airbnb di Aomori yang mempunyai onsen peribadi.
Jadi sekiranya anda berhajat nak ke Jepun dan ingin cuba onsen tanpa melanggar batas aurat, pastikan anda merancang dengan baik untuk menikmati pengalaman unik ini.
kredit by mstar.com,my
No comments :
Post a Comment