dairishare

berita,info,sejarah,pelik,seram,unik,gambar,lawak,hiburan

Loading...

Saturday, 23 February 2019

Wanita Jepun Buat 30 Pembedahan Untuk Jadi Minah Saleh

No comments :
Wanita Jepun "Vanilla Chamu" ini menghabiskan wang Hampir satu juta untuk membuat wajah Asia yang dimilikinya  untuk menjadi seperti orang Perancis. Dia telah melakukan 30 kali pembedahan plastik, namun masih tetap membuatnya belum puas dan tetap mahu melakukan lebih banyak lagi perbaikan terhadap tubuhnya yang berdarah asli Jepun. Semua yang ia lakukan hanya untuk mengejar impian wajah asli orientalnya berubah menjadi wanita (barat).














Friday, 22 February 2019

Sejarah Pembinaan Monumen 4 Wajah Presiden A.S Di Tebing Gunung

No comments :

Mt. Rushmore National Memorial adalah raut wajah empat Presiden Amerika Syarikat yang di ukir di tebing gunung, yang terletak berhampiran Keystone, di Black Hills di South Dakota. Presiden yang digambarkan adalah: George Washington, Thomas Jefferson, Theodore "Teddy" Roosevelt dan Abraham Lincoln. Keempat-empat Presiden telah dipilih untuk mewakili penubuhan, pertumbuhan dan pemeliharaan Amerika Syarikat. Ukiran ini di reka oleh John Gutzon Borglum.

Pembinaan Mt. Rushmore: tugu tersebut telah diukir oleh Borglum dan kira-kira 400 pekerja . Pembinaan bermula pada 10 Ogos 1927. Pembiayaan untuk pembinaan didermakan oleh badan-badan swasta dan Kerajaan Persekutuan.

Sculpting itu dilakukan dengan bahan letupan batu dengan dinamit. Kemudian di ukir dengan menggunakan jackhammers, tukul, dan alat-alat lain untuk melakukan kerja-kerja keemasan. Cuaca buruk dan kekurangan dana telah memperlahan kerja, pekerjaan ini yang mengambil masa selama 14 tahun untuk disiapkan, walaupun begitu tepoh sebenar kerja-kerja yang telah dilakukan hanya kira-kira 6 tahun.

Selepas kematian Borglum, 'sebelum arca itu disiapkan' ukiran gergasi itu telah sambung selia oleh anaknya, Lincoln Borglum. Monumen ini telah siap pada tahun 1941 (selepas kematian Borglum).


Thursday, 21 February 2019

Pantai Luarbiasa Yang Mempunyai Saliran Air Panas

No comments :


Nampak biasa, tetapi ianya benar-benar adalah satu perkara luar biasa di New Zealand. Terletak di pantai timur Semenanjung Coromandel (kira-kira 175 km dari Auckland), Pantai Air Panas mendapat namanya dari mata air panas bawah tanah Yang menapis melalui pasir di antara sebelum air pasang . Pantai ini menarik sejumlah besar pelancong setiap tahun dan adalah Salah satu tarikan yang paling popular di rantau ini. 

Apa yang lebih menarik di Pantai Air Panas itu sendiri adalah cara orang bijak mewujudkan spa Sendiri di pantai. Ini Secara umumnya berlaku dalam rangka masa dua jam sebelum air pasang rendah. Dalam tempoh ini, anda sebenarnya boleh menggali lubang besar ke dalam pasir di pantai, Membenarkan air panas untuk bertakung di permukaan. spa semulajadi pelbagai. Air panas 64C (147F). 

Gambar beberapa orang pelancong membawa baldi dan penyodok dengan mereka, dan kemudian berehat di dalam lubang besar air panas yang Mereka korek.

Tuesday, 19 February 2019

Perbezaan Antara Realiti Kehidupan Anda VS Mereka Yang Daif

No comments :
Apakah kita pernah merasa tidak beruntung hidup di dunia ini? Apakah kita pernah mengeluh akan sesuatu yang telah kita miliki?

Mungkin banyak yang diantara kita merasa kurang beruntung ketika kita mendapatkan sebuah masalah. kita, di sekolah mahupun di tempat kita bekerja dll.

Tapi marilah kita melihat gambar gambar berikut ini:





Monday, 18 February 2019

Jom Layan Koleksi Gambar-Gambar Lucu Gif

No comments :
koleksi gambar lawak....
daily-gifdump-116
daily-gifdump-116
daily-gifdump-116
daily-gifdump-116
daily-gifdump-116
daily-gifdump-116
daily-gifdump-116
daily-gifdump-116
daily-gifdump-116
daily-gifdump-116
daily-gifdump-116
daily-gifdump-116
daily-gifdump-116
daily-gifdump-116
daily-gifdump-116
daily-gifdump-116
daily-gifdump-116

Saturday, 16 February 2019

Membongkar Misteri Kepala Patung Di Pulau Easter

No comments :


Misteri patung-patung berkepala besar di Pulau Easter terbongkar..bila sekumpulan saintis yang ditugaskan untuk memulihara patung tersebut menggali...
Rupanya batu ini diukir patung dikeseluruhan ..bukannya hanya pada kepala.Terdapat juga simbol-simbol pelik.
Ada juga menyerupai orang,,errr,,bercawat ke tu?

Friday, 15 February 2019

Jom Lihat 10 Jalan Paling Bahaya Dan Menyeramkan Di Dunia

No comments :


10 jalan raya yang disenaraikan ini adalah antara laluan yang paling kerap menyebabkan kematian di dunia.

Masyarakat yang tinggal di kawasan ini, malangnya, terpaksa bergantung kepada jalan-jalan merbahaya ini setiap hari.

Jadi, anggaplah diri kita ini sangat bernasib baik kerana tidak perlu meredah “laluan-laluan maut” ini.

1. Jalan Yungas Utara, Bolivia





Dikenali juga sebagai “jalan maut” dalam kalangan penduduk Yungas di Bolivia dan dianggarkan seramai 200–300 orang pemandu yang menemui ajal mereka di sini setiap tahun.

Adalah sesuatu yang “normal” untuk melihat kenderaan-kenderaan jatuh terjunam dari lereng bukit ini.

Bahaya menggunakan jalan ini tiada tandingannya di dunia.

2. Jalan Jalalabad–Kabul, Afghanistan





Jalan 65 kilometer yang menghubungkan wilayah Jalalabad dan Kabul ini telah meragut banyak nyawa.

Laluan sempit dan silang menyilang selain cara pemanduan berbahaya penduduk setempat membuatkan pemanduan di sini sangat mencabar.

3. Lebuhraya James Dalton, Alaska





Lebuhraya ini bermula dari lebuhraya Elliot di utara wilayah Fairbanks dan berakhir di sebuah medan minyak di teluk Prudhue berhampiran lautan Artik.

Walaupun ianya kelihatan indah dan tenang, jalan ini dipenuhi dengan lubang-lubang jalan yang berbahaya, batu-batu kecil yang diterbangkan angin dan paling teruk, ianya terletak di tengah-tengah kawasan terpencil.

4. Lebuhraya Karakoram, Pakistan





Dinamakan sebagai “Lebuhraya Persahabatan” oleh kerajaan-kerajaan yang membinanya, lebuhraya ini merupakan lebuhraya antarabangsa yang tertinggi yang pernah diturapkan.

Jalan ini menghubungkan negara China dan Pakistan.

Kekerapan tanah runtuh dan banjir yang berlaku di sini menyebabkan jalan ini disenaraikan antara jalan yang paling berbahaya di dunia.

5. Terowong Guoliang, China





Terowong Guoliang ini dibina sendiri oleh penduduk pekan Guoliang. Sebelum jalan ini dibina, perhubungan masyarakat di sini dengan dunia luar terputus langsung.

Walaupun tidak banyak kenderaan yang menyelusuri jalan ini, ianya sangat berbahaya untuk digunakan.

6. Laluan Zoji, India





Laluan Zoji ialah laluan pergunungan tinggi yang menghubungkan wilayah Ladakh dan Kashmir.

Ketinggian laluan ini dianggarkan pada 3 528 meter dan merupakan laluan kedua tertinggi selepas laluan Fotu.

Jalan ini merupakan satu-satunya jalan penghubung yang menghubungkan wilayah Ladakh dengan masyarakat dunia.

7. Jalan Skippers Canyon, New Zealand





Jalan sempit di lereng lembah yang tinggi ini benar-benar menakutkan. Mujurlah jalan ini tidak dibuka kepada orang awam.

Untuk memandu di jalan ini, anda memerlukan permit khas.

Sekiranya permohonan anda lulus, bersiap sedialah untuk salah satu perjalanan yang paling mencabar di dalam hidup anda.

8. Laluan Los Caracoles, Chile





Laluan ini merentasi gunung Andreas yang terletak di antara Chile dan Argentina. Jalan yang dipenuhi cerun tinggi dan selekoh tajam ini tidak dilengkapi pagar keselamatan.

Keadaan jalan yang dilitupi salji sepanjang tahun juga tidak banyak membantu memudahkan pemandu-pemandu yang menggunakan jalan ini.

9. Laluan Stelvio, Itali





Pada ketinggian 9,045 kaki, laluan Stelvio adalah laluan pergunungan yang kedua tertinggi selepas laluan Col de l’Iseran (9088 kaki).

Laluan yang sarat dengan selekoh tajam yang berbahaya dan penghadang jalan rendah ini seolah-olah direka oleh seorang kanak-kanak yang menconteng di kertas.

10. Lebuhraya Sichuan-Tibet, China





Lebih kurang 7,500 kematian di catatkan setiap 100,000 pemandu yang menggunakan lebuhraya ini.

Tanah runtuh dan runtuhan batu sering berlaku di jalan raya yang menghubungkan wilayah Chengdu dan Tibet ini.
Loading...
Jangan Lupa Like ya
×