dairishare

berita,info,sejarah,pelik,seram,unik,gambar,lawak,hiburan

Kawasan Perkuburan Di Atas Pokok Untuk Kanak-Kanak

Perkuburan atas pokok pasti akan kedengan pelik tetapi di daerah Nyingchi dan Kangbei, Tibet, bagi kanak-kanak yang berumur 13 kebawah mereka akan dikuburkan  di atas pokok. Bayi yang baru meninggal dunia dimandikan menggunakan air bergaram sebelum diletakkan di dalam keranda dan kemudian digantung pada pokok.

Masyarakat setempat percaya tradisi tersebut akan memudahkan kanak-kanak tersebut akan lebih mudah naik ke syurga apabila diletakkan di atas pokok.

"Keranda" mereka terdiri dari kotak kayu, bakul anyaman dan juga bekas plastik. Keranda berisi jenazah bayi lelaki diletakkan pada atas pokok manakala keranda bayi perempuan pada bahagian pangkal pokok.

Masyarakat tempatan percaya roh bayi akan lebih mudah naik ke syurga apabila diletakkan di atas pokok. Apabila keranda mereput tulang belulang mereka akan jatuh ketanah dan dibiarkan begitu sahaja.  Tradisi pengekebumian ini mungkin agak berbeza tetapi jika dibandingkan dengan tradisi "sky burial" untuk  dewasa, ianya tidak berapa mengerikan.





0 Komentar untuk "Kawasan Perkuburan Di Atas Pokok Untuk Kanak-Kanak"

Google+ Followers

Jangan Lupa Like ya
×
 
Copyright © 2014 dairishare - All Rights Reserved
Template By Catatan Info