berita,info,sejarah,pelik,seram,unik,gambar,lawak,hiburan

Monday, 28 October 2013

Lelaki Ini Pecah Rekod Dunia Tahan Nafas Dalam Air Paling Lama

No comments :
Lelaki yang berasal dari Denmark bernama Stig Severinsen ini, telah mencatatkan namanya di Guinness World Record sebagai lelaki yang mampu menahan nafas selama 22 minit.

Stig, juga pernah memecahkan rekod sebagai perenang terjauh dalam air sejuk dengan jarak sejauh 236 meter sebelum dia memecahkan rekod menahan nafas selama 22 minit.Dalam cubaan memecahkan rekod, lelaki ini dibantu oleh saudaranya dan seorang doktor yang  memantau organ-organ vitalnya.

Sebelum menahan nafas, Stig menghirup oksigen segar terlebih dahulu untuk menghilangkan paru-parunya dari nitrogen dan karbon dioksida lalu mengisinya dengan oksigen. Stig juga mengatur suhu air di kolam renang berada di sekitar 30 darjah Celsius sehingga dirinya boleh menurunkan degupan jantung hingga 30 denyutan per minit.

Setelah 20 minit dan 10 saat, Stig berjaya memecahkan rekod yang pernah diciptakannya sebelum ini, tetapi dia memutuskan untuk menambah hingga satu minit 50 saat untuk meningkatkan masa yang dia berjaya capai. Akhirnya, stig berjaya menahan nafas selama tepat 22 minit.

Stig mempunyai kapasiti paru-paru 14 liter, dua kali ganda daripada orang-orang biasa. Selain paru-paru yang sangat kuat, lelaki berusia 40 tahun ini juga selalu melakukan aksi di dalam air terutama air yang sejuk.

Ketika masih muda, dia suka pergi untuk menyelam didalam lubang ais. Dia juga bermain rugby dan hoki di dalam air.

Stig menjelaskan bagaimana bernafas yang baik sebelum melakukan cabaran yang mencabar maut dalam bukunya yang berjudul "Breatheology". Meditasi dan mahir mengawal keadaan adalah kunci ketika kita panik.  

           

No comments :

Jangan Lupa Like ya
×