dairishare

berita,info,sejarah,pelik,seram,unik,gambar,lawak,hiburan

5 Cara Paling Gila Wanita Asia Lakukan Hanya Untuk Putihkan Kulit

Wanita Asia memang boleh dikatakan terlalu obses untuk memutihkan kulit mereka, tak kira dalam apa jua cara sekalipun.

Ini berbeza dengan masyarakat Barat yang mahu sebaliknya pula, melihat kulit bertona sawo matang itu lebih menarik.

Tak salah mencerahkan kulit, namun jangan sampai membahayakan kesihatan ya. Berikut merupakan beberapa kaedah yang dianggap keterlaluan dilakukan untuk memutihkan kulit di kalangan wanita Asia:

1. China - Facekini

Menjadi keharusan ya wajah yang putih di China. Kerana itulah mereka sanggup memakai topeng yang dikenali sebagai facekini ketika bercanda di tepi pandai. Ia juga dipakai ketika aktiviti berenang.

2. Thailand - sabun sperma salmon

Dikatakan sperma salmon mampu menjadikan kulit lebih cerah. Ada pihak yang menjadikan ia dalam bentuk sabun namun yang pastinya ia masih belum mendapat kelulusan kementerian di sana.

3. Vietnam - Membungkus tubuh

Wanita di sana terutama bagi masyarakat kelas menengah dan ke bawah akan menutup seluruh tubuh agar tidak terkena pancaran cahaya marahari. Jika anda terlihat pembonceng motor wanita berpakaian seperti gambar di bawah, jangan terkejut ya.

4. India - 233 tan produk pemutih

Ada data dari ACNielsen pada 2012, warga India menghabiskan 233 tan produk pemutih dalam setahun. Jumlah itu lebih besar daripada pengambilan Coca Cola dan terus bertambah sekitar 18 peratus setiap tahunnya.

5. Indonesia - Krim pemutih berbahaya

Ada kes di Indonesia ibu mengandung meninggal kerana keracunan krim pemutih wajah. Bahan terlarang dimasukkan ke dalam produk agar kesan pemutihan pada wajah berlaku dengan pantas. Meskipun begitu, masih ramai yang tidak mempedulikan bahaya tersebut.
0 Komentar untuk "5 Cara Paling Gila Wanita Asia Lakukan Hanya Untuk Putihkan Kulit"

Google+ Followers

Jangan Lupa Like ya
×
 
Copyright © 2014 dairishare - All Rights Reserved
Template By Catatan Info