dairishare

berita,info,sejarah,pelik,seram,unik,gambar,lawak,hiburan

Jom Lihat Kejelitaan Dan Keayuan Puteri Kesayangan Rakyat Jepun

Mungkin namanya tidaklah sehangat atau pun popular seperti bintang drama dan penyanyi K-Pop. Namun, gadis ini telah mencuri perhatian dunia dengan kemanisan wajahnya.

Bukan gadis biasa, inilah dia Puteri Kako, dari Akishino anggota keluarga kerajaan Jepun yang menjadi kesayangan rakyat.

Puteri Kako merupakan anak kedua kepada Putera Fumihito dan juga Puteri Kiko.

Memetik laman Rocketnews24, Puteri Kako telah tampil secara rasmi di hadapan umum tanpa kehadiran keluarganya pada tahun 2015. Sejak itu, dirinya mula mendapat perhatian netizen khususnya.

Kunjungan pertama Puteri Kako yang ketika itu berusia 20 tahun ke makam Kaisar Antoku di Kuil Akama dipenuhi dengan rakyat yang mahu melihatnya dengan lebih dekat.

Itu juga menandakan penampilan pertama Puteri Kako sebagai seorang wanita dewasa.

Kako juga dikatakan mirip dengan artis dari Korea Selatan iaitu Park Shin-hye. Bagaimana, adakah puteri ini telah pun 'merenggut' hati anda dengan kemanisan dan keayuannya?





0 Komentar untuk "Jom Lihat Kejelitaan Dan Keayuan Puteri Kesayangan Rakyat Jepun"

Google+ Followers

Jangan Lupa Like ya
×
 
Copyright © 2014 dairishare - All Rights Reserved
Template By Catatan Info