dairishare

berita,info,sejarah,pelik,seram,unik,gambar,lawak,hiburan

Penemuan Terowong Tapak Warisan Menuju Ke Alam Neraka

Baru-baru ini, ahli arkeologi dari Mexico menemui terowong sistem saluran air di bawah tanah dalam sebuah kuil Prasasti yang terletak di Tapak Warisan Mayan Palenque yang dibina ketika zaman Tamadun Kuno Mayan.

Dipercayai masyarakat ketika itu mungkin beranggapan, orang yang telah meninggal dunia adalah melalui terowong tersebut untuk menuju ke alam neraka.

Menurut Pertubuhan Antropologi dan Sejarah kebangsaan Mexico, sistem saluran air itu telah pun siap diadakan sebelum pyramid dibina dan dibahagikan kepada beberapa tingkat yang boleh dimasuki dari arah yang berlainan.

Air di sistem pengairan berkenaan masih kelihatan mengalir sewaktu ahli arkeologi menjumpainya, ini bermakna airnya berpunca dari mata air yang semula jadi.

Disebabkan pada abad ke-7, makam bagi pemerintah tersohor Palenque iaitu Maharaja Pakal terletak di dalam kuil Prasasti, oleh itu ahli arkeologi berpendapat masyarakat Palenque yang dulu reka sistem saluran air tersebut sebagai lambang simbolik membuat semula laluan air yang memberi panduan kepada maharaja Pakal menuju ke arah alam kematian atau neraka.


0 Komentar untuk "Penemuan Terowong Tapak Warisan Menuju Ke Alam Neraka"

Google+ Followers

Jangan Lupa Like ya
×
 
Copyright © 2014 dairishare - All Rights Reserved
Template By Catatan Info