dairishare

berita,info,sejarah,pelik,seram,unik,gambar,lawak,hiburan

Jom Kenali Raja Dadah Penjenayah Paling Kaya Di Dunia

 Pablo Escobar atau nama sebenarnya Pablo Emilio Escobar Gaviria dilahirkan pada 1 Disember 1949 di Columbia. Beliau dianggap sebagai penjenayah paling kaya dalam sejarah. Kenapa?

Dikenali sebagai “King of Cocaine”, beliau dianggarkan mempunyai kekayaan sebanyak 30 Billion US Dollar (RM 120 Billion) dan jika dicampur dengan jumlah duit yang beliau tanam di beberapa kawasan di Columbia, ia mencecah 50 Billion US Dollar.

Pada zaman kanak-kanaknya beliau bercita-cita untuk menjadi jutawan ketika berumur 22 tahun.  Beliau mula terlibat dengan jenayah seperti menjual rokok secara haram, menjual tiket loteri palsu dan mencuri kereta.

Pada awal 1970-an,beliau menjadi seorang pencuri dan juga pengawal peribadi. Beliau telah menjana $100,000 kerana menculik dan mendapat wang tebusan.

Menurut abangnya Roberto, mereka membelanjakan USD1,000 (RM4,000) setiap minggu hanya untuk membeli getah bagi pengikat wang tunai. Dasyat kan!

Pablo maut ketika berusia 44 tahun kerana di tembak oleh sepasukan polis yang membuat serbuan besar-besaran ke atas kumpulannya. Namun, adik beradik Pablo percaya abangnya membunuh diri dan bukan ditembak polis, ini kerana polis tidak pernah berjaya menembak Pablo dalam banyak serbuan sebelum itu. Maka, tamatlah riwayat raja kokain yang paling kaya dalam sejarah dunia.


0 Komentar untuk "Jom Kenali Raja Dadah Penjenayah Paling Kaya Di Dunia"

Google+ Followers

Jangan Lupa Like ya
×
 
Copyright © 2014 dairishare - All Rights Reserved
Template By Catatan Info