dairishare

berita,info,sejarah,pelik,seram,unik,gambar,lawak,hiburan

Jom Lihat Pokok Teratai Gergasi Paling Besar Di Dunia

Jauh di dalam hutan hujan Amazon, tersembunyi pelbagai spesies tumbuhan misteri.

Salah satu perkara yang membingungkan kebanyakan ahli botani ialah penemuan sejenis tumbuhan tropika yang sangat menakjubkan iaitu Victoria Amazonica.

Victoria Amazonica dikenali sebagai pokok teratai daripada spesis Nymphaeceae. Ia memiliki daun yang sangat besar, berbentuk bulat dan diameter daunnya boleh membesar sehingga lebih daripada tiga meter.

Anggaran berat setiap daunnya mencecah sehingga 31 kilogram (kg).

Teratai ini merupakan spesies semula jadi bersaiz besar tanpa melalui proses penghibridan. Ia merupakan daripada benih asal tanpa mengalami sebarang proses kacukan.

Hasil kajian mendapati bahawa rahsia tumbesaran gergasi teratai ini terletak pada kitaran hidupnya. Ia bermula sejak proses pendebungaan lagi.

Bunga-bunga Victoria akan mengeluarkan aroma buah seperti nanas pada waktu siang. Bauan manis ini adalah untuk menarik kumbang mendekati bunga pokok teratai ini.

Apabila menjelang waktu malam, bunga akan tertutup dan kumbang yang mendekati bunga akan terperangkap di dalamnya. Bunga ini didebungakan oleh kumbang.


0 Komentar untuk "Jom Lihat Pokok Teratai Gergasi Paling Besar Di Dunia"

Google+ Followers

Jangan Lupa Like ya
×
 
Copyright © 2014 dairishare - All Rights Reserved
Template By Catatan Info