dairishare

berita,info,sejarah,pelik,seram,unik,gambar,lawak,hiburan

Undang-Undang Paling Gila Yang Pasti Mengejutkan Anda

Sebuah undang-undang unik dan pelik di sebuah kawasan di Norway. Mungkin inilah undang-undang paling gila yang pernah anda dengar, bahawa sesiapa yang meninggal dunia dianggap melanggar undang-undang.

Sebuah bandar terpencil yang berada di kepulauan Arctic di Svalbard bernama Longyearbyen, Norway, mempunyai satu undang-undang yang akan dianggap aneh.

Di tempat tersebut, ada undang-undang yang melarang siapa saja meninggal dunia. Bagi yang 'melanggar' dikategorikan melanggar undang-undang. Yang pastinya menjadi satu persoalan besar, kenapa tidak boleh meninggal dunia di Longyearbyen?

Menurut Wikipedia dan BBC ( 2008 ) , tanah di Longyearbyen merupakan tanah permafost . Dalam ilmu geologi , permafost adalah suatu jenis tanah yang terletak di lintang tinggi atau yang berada di sekitar kutub utara dan selatan . Tanah jenis ini berada di titik beku pada suhu 0 darjah Celsius .

Tanah - tanah jenis permafost akan muncul atau terbentuk ketika suhu sekitar mencapai rata - rata -2 darjah Celsius . Tanah permafost biasa ditemui di sebahagian besar Siberia , Kanada , Alaska dan Greenland .

Kembali ke masalah undang - undang tidak boleh meninggal dunia di Longyearbyen itu , kerajaan yang berkepentingan di kawasan tersebut mempunyai alasan kenapa sesiapa saja dilarang mati dan dikebumikan di sana .

Pekara tersebut kerana mayat yang dikuburkan di Longyearbyen tidak boleh hancur atau reput seperti mayat - mayat yang dikuburkan di kawasan lain pada umumnya .

Sebagai penyelesaiannya , bagi siapa saja yang meninggal atau kerana sakit , kemalangan atau lain , mayat yang bersangkutan akan diangkut dengan menggunakan kapal atau helikopter dan dibawa ke pulau utama Norway .
0 Komentar untuk "Undang-Undang Paling Gila Yang Pasti Mengejutkan Anda "

Google+ Followers

Jangan Lupa Like ya
×
 
Copyright © 2014 dairishare - All Rights Reserved
Template By Catatan Info