dairishare

berita,info,sejarah,pelik,seram,unik,gambar,lawak,hiburan

Pantai Yang Cukup Indah Tak Ramai Yang Tahu Terdapat Di Negeri Selangor

Sebut sahaja pantai pasti semua orang tertarik untuk mengunjunginya walaupun di mana berada, tetapi tahukah anda di klang terdapat sebuah pantai yang cukup indah sedia menanti anda. Perjalanan dari kuala lumpur ke pantai ini menganbil masa sekitar satu jam sahaja melalui haiway kesas.

Tidak ramai pengunjung yang mengetahui kewujudan Pantai Acheh, di Pulau Indah memandangkan lokasinya yang agak jauh ke dalam Pulau Indah. Walaubagaimanapun lokasi ini amat sesuai untuk diadakan aktiviti - aktiviti riadah bersama keluarga memandangkan terdapatnya kawasan pantai berkelikir dan juga kawasan lapangan yang luas. Bukan sekadar pemandangan pantai sahaja, anda juga dapat melihat matahari terbenam yang cukup indah di waktu senja.

Pada masa kini, terdapat aktiviti - ativiti menarik seperti paramotor, dan juga layang-layang yang menjadi tumpuan pelbagai golongan tidak kira usia serta bangsa dan di sini juga amat sesuai di adakan aktiviti lain seperti perkhemahan, memancing dan barbeque.

Di sebelah petangnya terdapat anak-anak muda dari kampung yang berdekatan bermain bola sepak di pantai tersebut, tetapi sayang, pantai ini hanya di kunjungi pada hari-hari cuti sahaja dan pada hari kebiasaan lengang tiada pengunjung.

Di bawah terdapat video untuk memulakan perjalanan dari kula lumpur menuju ke pantai aceh, bagi sesiapa yang berkesempatan cuti hujung minggu ini, eloklah bawa besama keluarga atau orang tersayang kesana...



          
0 Komentar untuk "Pantai Yang Cukup Indah Tak Ramai Yang Tahu Terdapat Di Negeri Selangor"

Google+ Followers

Jangan Lupa Like ya
×
 
Copyright © 2014 dairishare - All Rights Reserved
Template By Catatan Info