dairishare

berita,info,sejarah,pelik,seram,unik,gambar,lawak,hiburan

Jom Lihat Gambar-Gambar Suku Kaum Yang Hampir Pupus

Seorang jurugambar telah menghabiskan masanya lebih tiga setengah tahun untuk membuat sebuah buku foto epic yang berjudul Before They Pass Away. Belaiau adalah Jurugambar Jimmy Nelson, Ia memberikan judul pada bukunya seperti itu kerana Ia telah mengambil gambar 35 penduduk dan suku purba yang tidak pernah mengamalkan gaya hidup yang moden (tidak ingin) sehingga boleh di katakan sebagai kebudayaan yang hampir musnah.

Jurugambar yang bernama Jimmy ini tinggal dengan 35 suku tersebut selama dua minggu antara puak-puak ini. Bermula dari mencari suku-suku yang paling kecil berkumpulan, Jimmy memberanikan diri untuk memulakan percakapannya dengan memperkenalkan diri, berusaha bergaul kemudian sehinggalah beliau boleh mengambil gambar mereka.

Cabaran terbesar yang di hadapi oleh Jimmy Nelson ini adalah Ia harus membuat suku yang di potret boleh tenang selama kurang lebih empat saat, kerana kamera 4 × 5 ini mempunyai shutter yang memang cukup lama, dan cabaran lain yang Jimmy hadapi adalah bagaimana boleh bergaul dengan suku suku tersebut sehingga mereka mahu untuk bergambar.

Bayangkan betapa sukar ketika ia ingin membuat buku gambar epicnya itu, perkara ini semata-mata Ia lakukan bukan hanya untuk karya fotografi, tetapi Jimmy Nelson ingin agar mereka yang melihat karyanya dapat menyedari bahawa ada beberapa ketidak seimbangan dalam dunia ini. Bukan bermakna kita harus kembali pada adat suku purba, tetapi kita boleh belajar untuk mengambil pekara positif daripada mereka tanpa perlu merosakkan.







0 Komentar untuk "Jom Lihat Gambar-Gambar Suku Kaum Yang Hampir Pupus"

Google+ Followers

Jangan Lupa Like ya
×
 
Copyright © 2014 dairishare - All Rights Reserved
Template By Catatan Info