dairishare

berita,info,sejarah,pelik,seram,unik,gambar,lawak,hiburan

Anda Pasti Terpegun Melihat Keindahan Kampung Tanpa jalan Raya Ini

Bagi siapa yang ingin melihat dan merasai kehidupan yang sederhana, mungkin bandar kecil Giethoorn di Belanda boleh menjadi salah satu tempat yang boleh dikunjungi. Bandar kecil Giethoorn tidak mempunyai jalan raya, hampir seluruh bandar di kelilingi oleh terusan-terusan kecil yang indah.

Penduduk di bandar kecil ini biasa menggunakan perahu kecil sebagai cara pengangkutan atau berjalan melalui jambatan. Bagi para pelancong yang melawat tempat ini, kereta atau bas harus diletakkan di luar bandar Giethroon.

Terletak di wilayah Overijssel, bandar Giethroon mempunyai terusan sepanjang 6.5 km dengan rumah-rumah tradisional khas Belanda disekelilingnya. Tidaklah menghairankan apabila Giethroon telah menjadi daya tarikan pelancongan di Belanda dengan gelaran Venice dari Belanda. Bandar ini ditubuhkan oleh sekumpulan pelarian dari kawasan Mediterranean sekitar tahun 1230. Giethroon menjadi terkenal dalam tahun 1958 apabila difilemkan oleh Bert Haanstra dan ditayangkan dalam festival filem Fanfare.










0 Komentar untuk "Anda Pasti Terpegun Melihat Keindahan Kampung Tanpa jalan Raya Ini"

Google+ Followers

Jangan Lupa Like ya
×
 
Copyright © 2014 dairishare - All Rights Reserved
Template By Catatan Info