dairishare

berita,info,sejarah,pelik,seram,unik,gambar,lawak,hiburan

Dengan Hanya Sebatang Rokok Kampung Ini Boleh Terbakar

Desa Nanjiawan, di selatan-barat China dikenali sebagai Kampung Api Ghaib. Udara di sana begitu pekat dengan gas metana yang dengan hanya satu percikan api boleh mencetuskan kebakaran besar. Warga desa telah belajar untuk hidup dengan memanfaatkan gas metana, tetapi mereka juga sangat berhati-hati ketika bekerja, supaya tidak memulakan kebakaran tanpa sengaja.

Gas metana di udara desa ini sebenarnya berasal dari tanah - ianya merembes keluar dari tanah, menyebabkan udara secara rawak meletup menjadi bola api. Kepekatan gas yang begitu tinggi bahawa tidak seorangpun di desa pernah berani menyalakan rokok atau menggunakan peralatan elektrik. Mereka harus berhati-hati apabila bekerja di ladang juga, kerana alat logam mereka boleh membuat percikan api jika terkena hentaman batu.



0 Komentar untuk "Dengan Hanya Sebatang Rokok Kampung Ini Boleh Terbakar"

Google+ Followers

Jangan Lupa Like ya
×
 
Copyright © 2014 dairishare - All Rights Reserved
Template By Catatan Info