dairishare

berita,info,sejarah,pelik,seram,unik,gambar,lawak,hiburan

Misteri Pokok Berdiri Di Atas Ratusan Batu Nesan

Adakah anda pernah lihat pokok yang berdiri diatas ratusan batu nisan yang bertindih? Di london ada sebatang pokok yang sangat terkenal kerana keunikannya. Pokok yang terletak di berhampiran gereja St Pancras ini berdiri diatas ratusan batu nisan yang bertindih!

Keadaan pohon yang sudah sangat tua dengan beratus-ratus batu nisan dibawahnya, tentunya mengundang pertanyaan di benak ramai orang , pasti ramai yang bertanya-tanya.

Kisah di sebalik pokok tersebut bermula semasa revolusi industri di Britain, ketika kawasan industri dibina secara besar-besaran di London. Pembangunan juga termasuk membina pusat rel kereta api untuk memudahkan pengangkutan bahan-bahan mentah industri. Jalur rel kereta api yang akan dibina melewati kawasan perkuburan yang berada di berhampiran gereja St Pancras .

Makam-makam yang ada perlu dipindahkan agar boleh digunakan sebagai jalur kereta api. Maka, semua jenazah yang ada kemudian diangkut dan dipindahkan dari makamnya, lalu dibakar dan diletakkan dalam satu tempat di bawah pokok . Sementara batu nisan ditanam begitu saja berhampiran pokok.

Dahulu pokok tersebut masih kecil. Namun, seiring peredaran masa, batu-batu nisan yang ada disampingnya kemudian 'ditelan' dan menjadi satu dengan pokok tersebut.
0 Komentar untuk "Misteri Pokok Berdiri Di Atas Ratusan Batu Nesan"

Google+ Followers

Jangan Lupa Like ya
×
 
Copyright © 2014 dairishare - All Rights Reserved
Template By Catatan Info