dairishare

berita,info,sejarah,pelik,seram,unik,gambar,lawak,hiburan

Lelaki Ini Makan Jarinya Sendiri Kerana Ingin Rasa Daging Manusia

David Playpenz kehilangan jari tangannya akibat kemalangan motosikal.Jari yang dipotong itu tidak dibuang, justru ia membawanya pulang, dimasak, dan memakannya. Bahkan tulang jarinya dijadikan cenderamata. Pakar bedah mengatakan salah satu jari Playpenz harus dipotong selepas kemalangan motosikal.

Lelaki yang berasal dari Colchester, Essex, meminta izin kepada doktor untuk membawa pulang jarinya dan setelah melepasi beberapa prosedur, dan doktor menyatakan tidak keberatan. Playpenz mengatakan ia ingin tahu tentang kanibalisme dan bagaimana rasanya daging manusia, walaupun memakan daging manusia adalah tindakan di luar undang-undang. Sekarang, ia boleh cuba mengunyah jarinya sendiri. Terpikir olehnya tak akan ada seorang pun yang dapat mengheretnya ke mahkamah kerana mengambil dari dirinya sendiri. Tulang jarinya dijadikan cenderamata.

Rasa ingin tahu bukanlah satu-satunya alasan yang meyakinkan Playpenz melakukan rancangan anehnya. "Saya tahu ia kedengaran gila, tapi itu bukanlah semata-mata kerana rasa ingin tahu. Jari ini kelihatan sedikit lebih besar, dan akan sangat terasa kehilangan jika jari itu tidak ada, "katanya kepada majalah Love it!. "Kuputuskan untuk makan daging jari ini, menyimpan tulangnya, dan aku tidak akan kehilangan sebahagian daripada diriku."

Setelah dua hari pemulihan, David pergi ke dapur dan memasak jarinya. Untuk memastikan ia tidak merosakkan tulang, ia memilih untuk merebus, bukan menggoreng atau membakar, dan tidak menambah garam atau sos kerana ingin merasai rasa asli daging itu. Setelah memberi tahu rakan-rakannya apa yang telah ia lakukan, Playpenz mengaku ia mendapat reaksi yang pelbagai. Ada pasangan yang mengatakan bahawa itu menjijikkan, sementara yang lain menyetujui apa yang dilakukan kerana telah memiliki izin, sedangkan haiwan justru tidak pernah memberikan kebenaran untuk dimakan.

Playpenz meyakinkan semua orang bahawa makan jarinya sendiri tidak mengubahnya menjadi kanibal seperti Hannibal Lecter. Itu adalah pengalaman sekali seumur hidup dan ia tidak akan mengulanginya lagi. Dia menyimpan tulang dalam tengkorak sebagai cenderamata. Playpenz pernah memposting foto dirinya sedang memasak jarinya, tetapi ia tidak berniat merosakkan selera makan anda. Jika anda ingin tahu, anda boleh cuba diri anda sendiri!
0 Komentar untuk "Lelaki Ini Makan Jarinya Sendiri Kerana Ingin Rasa Daging Manusia "

Google+ Followers

Jangan Lupa Like ya
×
 
Copyright © 2014 dairishare - All Rights Reserved
Template By Catatan Info