dairishare

berita,info,sejarah,pelik,seram,unik,gambar,lawak,hiburan

Percayakah Anda Katak Ini Mampu Hidup Kembali Selepas Mati

Sangat luar biasa, anda pasti merasa takjub dan terkejut bila mengetahui kemampuan haiwan yang satu ini. Ianya mampu hidup kembali selepas musim sejuk dengan suhu paras beku di bawah sifar darjah Celsius sehingga degupan jantungnya berhenti. Makhluk apakah itu?

Makluk haiwan itu adalah Katak Kayu Alaska (Alaskan Wood Frog). Belum ada haiwan lain di dunia ini yang mempunyai kemampuan bertahan di musim sejuk sekuat katak ini. Selama musim sejuk katak tersebut berhibernasi dengan membiarkan lebih dari 60 peratus bahagian tubuhnya membeku.

Walaupun paru-parunya berhenti bekerja dan berhenti bernafas kemudian jantungnya berhenti berdetak. Aktiviti metabolik dalam tubuhnya juga ikut berhenti. Namun ajaibnya, setelah tiba musim bunga katak tersebut akan hidup kembali.

Ia mampu bertahan di musim sejuk yang panjang dengan suhu mencapai titik beku sekitar -9C hingga -18C.

Di sebabkan kemampuan luar biasa katak kayu itu, para penyelidik perubatan telah menemui cara untuk membekukan organ hidup dan mencairkannya kembali tanpa merosakkan organ tersebut. Penemuan berharga tersebut memberikan manfaat besar dalam proses pemindahan organ.


          
0 Komentar untuk "Percayakah Anda Katak Ini Mampu Hidup Kembali Selepas Mati"

Google+ Followers

Jangan Lupa Like ya
×
 
Copyright © 2014 dairishare - All Rights Reserved
Template By Catatan Info