dairishare

berita,info,sejarah,pelik,seram,unik,gambar,lawak,hiburan

Pelik Tapi Benar Pokok Ini Tumbuh Segar Di Tengah Padang Pasir

Hamparan padang pasir yang panas terik dan gersang. Mustahil rasanya ada tanaman yang mampu tumbuh subur di tanah sekering itu. Namun jika anda bertandang ke Bahrain, pasti andaian anda jauh meleset.

Di tengah padang pasir yang luas, kelihatan sebatang pokok berdiri menyendiri. Pokok itu digelar The Tree of Life atau Shajarat-al-Hayat. Hampir 10 kilometer dari Askar, dan kira-kira 3.5 kilometer ke arah Barat dari Jaww.

Pokok Latin Prosopis Cineraria, merupakan pokok berbunga yang mampu menyesuaikan diri sangat baik di gurun pasir kering. Di kawasan dengan curahan hujan serendah 150 milimeter per tahun, ia masih mampu hidup.

The Tree of Life itu, tumbuh di wilayah yang tidak pernah hujan selama 400 tahun. Persekitar kawasan yang sangat kering, sedikit pun tidak membuat ia layu. Daun-daunnya tetap menghijau.

Penduduk tempatan menganggap ianya sesuatu fenomena yang sangat misteri. Mereka percaya, pokok itu mengambil air dari sumber yang tidak dapat di lihat oleh mata kasar. Menurut penduduk, ada Taman ghaib atau Taman Firdaus yang keberadaannya tidak dapat di lihat.

Tapi sebenarnya, itu boleh dijelaskan secara ilmiah. Kedudukan pokok hanya sembilan hingga 12 meter di atas permukaan laut.

Teorinya, Prosopis Cineraria dapat menyerap air sedalam 50 meter dari tanah. Ertinya, sangat mungkin ia mendapat sumber air dari situ.

Bagaimanapun, keberadaannya yang misteri membuat The Tree of Life menjadi primadona. Sekitar 50 ribu pelancong datang setiap tahun. Sayangnya, mereka selalu berniat merosakkan pokok. Sebab, pemandu pelancongan menyarankan mereka meninggalkan jejak pada batang pokok.

Kini, bermacam tulisan terukir di batang pokok luar biasa itu. Akhirnya, sebuah pagar besi dipasang melingkarinya, menjaga pokok ajaib itu dari tangan-tangan jahil.

0 Komentar untuk "Pelik Tapi Benar Pokok Ini Tumbuh Segar Di Tengah Padang Pasir "

Google+ Followers

Jangan Lupa Like ya
×
 
Copyright © 2014 dairishare - All Rights Reserved
Template By Catatan Info