dairishare

berita,info,sejarah,pelik,seram,unik,gambar,lawak,hiburan

Kisah Seorang Polis Terhadap Pencuri Yang Pasti Buatkan Anda Terharu


Kisah dramatik ini, dialami Helen Johnson (47). Warga Alabama, Amerika Syarikat, yang perlu menanggung 2 orang anak perempuan, 1 anak saudara dan 2 cucu, terpaksa mencuri 5 butir telur di sebuah pasar raya.

Ia melakukannya kerana dana bantuan Kebajikan Masyarakat sebanyak 120 Dolar miliknya hilang, sehingga mereka kelaparan selama dua hari.

Perbuatan Helen itu berjaya di hidu oleh pemilik pasar raya. Walaupun beliau sudah mengakui kesalahannya, namun pemilik pasar raya tetap memanggil polis. Seorang polis bernama William datang.

Setelah mendengar kisah si nenek, polis tersebut tidak jadi menangkapnya. Malah, beliau membelikan satu kotak telur untuk nenek tersebut dan keluarganya.

Jelas, perbuatan polis itu membuat Helen terkejut. beliau bertanya, bagaimana dia hendah membalas budi polis tersebut. "Cukup dengan tidak mencuri lagi," jelas William. Nenek tersebut dihantar pulang ke rumahnya.

Tidak hanya sampai di situ, William dan rakan kerjanya, tak lama kemudian datang menghadiahkan makanan sebanyak dua lori ke rumah Helen.

Semua makanan itu untuk Helen dan keluarganya, agar boleh melalui malam Krismas yang indah. Helen tersentuh, beliau lantas menangis.

0 Komentar untuk "Kisah Seorang Polis Terhadap Pencuri Yang Pasti Buatkan Anda Terharu"

Google+ Followers

Jangan Lupa Like ya
×
 
Copyright © 2014 dairishare - All Rights Reserved
Template By Catatan Info