dairishare

berita,info,sejarah,pelik,seram,unik,gambar,lawak,hiburan

Video Detik Terakhir Unit Pemusnah Bom Di Rakam


Video yang menunjukkan detik-detik terakhir seorang pegawai unit pemusnah bom sebelum terkorban ketika mematikan bom tersebar laman sosial sejak beberapa hari lalu.

Pegawai berkenaan dilihat menghampiri sebuah beg yang diletakkan berhampiran sebuah stesen minyak, dimana orang ramai mengeluarkan telefon bimbit mereka dan merakam.

Pegawai berkenaan memegang sebuah alat yang kemudiannya meletup di tanganya.

Selepas melambung beberapa kaki, pegawai tersebut tidak lagi bergerak dan orang ramai bergegas untuk membantu.

Menurut Daily Mail, kumpulan pengganas Ajnad Misr mengaku meletakkan bom tersebut yang menyasarkan balai polis berdekatan.

Kejadian tersebut difahamkan berlaku di Cairo, Mesir.

Video berkenaan yang dimuatnaik pada 6 Januari itu juga dikongsi ke laman sosial Facebook dan laman mikro Twitter.

         
0 Komentar untuk "Video Detik Terakhir Unit Pemusnah Bom Di Rakam "

Google+ Followers

Jangan Lupa Like ya
×
 
Copyright © 2014 dairishare - All Rights Reserved
Template By Catatan Info