dairishare

berita,info,sejarah,pelik,seram,unik,gambar,lawak,hiburan

Kisah Lelaki Lumpuh Dan Teman Setia Yang Sentiasa Membantu

Kisah mengharukan dari wilayah Luoyang, Henan, China, bertapa kuatnya ikatan antara manusia dan anjing.

Kisah ini menceritakan tentang seorang tukang kasut yang lumpuh di wilayah Luoyang, Henan, China. Lelaki itu bernama Bo Laoma yang mempunyai seekor anjing yang sangat setia kepadanya.

Anjing itu dikatakan sentiasa berada di sisinya. Tanpa letih, haiwan berbulu itu menolak kerusi roda Bo untuk tempat kerjanya. Bo yang lumpuh dari pinggang hingga ke bawah terpaksa menggunakan kerusi roda yang di rekanya sendiri untuk memudahkan pergerakannya. Untuk ke tempat bekerja, beliau terpaksa melalui jalan bukit selama lebih dari satu jam.

Untung, beliau mempunyai anjing yang sentiasa ada untuk mendampinginya. Bo mengatakan bahawa dia mempunyai ikatan yang kuat dengan anjing. Itulah yang membuatkan mereka tidak dapat dipisahkan.

"Saya percaya dia lebih pintar daripada anjing pemandu lain yang biasa saya lihat di TV," tambahnya.

Anjing dikatakan sebagai teman terbaik manusia. Mereka seperti mempunyai naluri yang kuat untuk selalu berada di sisi tuan mereka.





0 Komentar untuk "Kisah Lelaki Lumpuh Dan Teman Setia Yang Sentiasa Membantu"

Google+ Followers

Jangan Lupa Like ya
×
 
Copyright © 2014 dairishare - All Rights Reserved
Template By Catatan Info