dairishare

berita,info,sejarah,pelik,seram,unik,gambar,lawak,hiburan

Kanak-Kanak Di Temui Tinggal Bersama Mayat Ibu Selama 7 Hari


Sebuah kejadian yang yang begitu menyedih berlaku di China, menurut sebuat portal berita di mana terdapat dua orang kanak-kanak yang ditemui tinggal di sbuah rumah bersama ibu mereka yang sudah meninggal selama 7 hari di sebuah bandar kecil di wilayah Guizhou, China. Kejadian ini tidak sengaja ditemui oleh seorang petugas untuk memeriksa maklumat berkaitan dana pendidikan dua kanak-kanak tersebut yang telah diajukan beberapa waktu lalu.

Dua kanak-kanak tersebut tinggal bersama ibu mereka, setelah kematian ayah mereka pada tahun 2011. Menurut cerita dari saudara dekat, ibu dua kanak-kanak tersebut, Deng Caiying, wanita berusia 34 tahun yang menderita penyakit mental. Beliau bahkan sudah tidak mampu lagi berjalan. Dengan keadaan seperti itu, Deng pernah mengajukan permohonan yang menyatakan bahawa ia mengalami kecacatan pada tahun 2013, dan sejak itu kesihatannya semakin merosot diiringi keadaan ekonominya yang semakin teruk.
Beliau meninggal pada tarikh 27 Disember 2014 lalu dan ditemui pada 3 Januari 2015 apabila petugas sukarelawan datang untuk memeriksa keadaan keluarga dan kewangan mereka. Ketika ditemui, mayat Deng berada di sebuah bilik dan anak-anaknya tidur di ruang tamu dengan beralas papan kayu yang seadanya. Punca kematian wanita tersebut juga belum diketahui.

Ketika ditanya, dua anak lelakinya, yang masih bersekolah rendah, berkata dalam laporan bahawa selepas kematian ibu mereka, mereka sengaja mengunci pintu bilik tanpa memberitahu siapa pun kerana takut dimarahi. hingga kini, masih belum pasti ke mana kanak-kanak ini dibawa dan ditempatkan.
0 Komentar untuk "Kanak-Kanak Di Temui Tinggal Bersama Mayat Ibu Selama 7 Hari"

Google+ Followers

Jangan Lupa Like ya
×
 
Copyright © 2014 dairishare - All Rights Reserved
Template By Catatan Info