dairishare

berita,info,sejarah,pelik,seram,unik,gambar,lawak,hiburan

Apa Yang Di Lakukan Pemandu Teksi Ini Pasti Buatkan Anda Rasa Pelik

Pemandu teksi yang berasal dari India, Harpreet Dev terkenal di kampung halamannya di Bhatinda, Punjab, kerana kemahiran memandu kereta secara mengundur.

Lelaki berusia 30 tahun ini memandu teksinya secara mengundur sejak 11 tahun lalu. Selama kebiasaannya Harpreet memandu kereta secara undur hingga beliau mengatakan sudah tidak percayakan diri lagi untuk memandu secara normal!

Dia bahkan mempunyai lesen khas yang membolehkan beliau untuk memandu mengundur di setiap negeri di utara India.

Keghairahan Harpreet untuk memandu terbalik bermula pada 2003, ketika kereta kesayangannya Fiat Padmini mengalami kerosakan pada gear dan tersangkut dalam gear undur pada suatu malam.

"Saya berada di luar bandar, saya tidak mempunyai wang, jadi saya terpaksa memandu kereta secara undur hingga ke Bhatinda," katanya. "Kemudian saya mendapat kepercayaan diri."

Masa itulah beliau menyedari bahawa ia benar-benar mempunyai sesuatu. Keesokan harinya beliau mereka bentuk keretanya dengan tulisan 'Back Gear Champion' dan mengubah kotak gear dengan empat gear undur dan hanya satu gear hadapan.

Selepas berlatih bertahun-tahun, Harpreet sekarang boleh dengan mudah memandu undur dengan kelajuan hingga 50 batu per jam.
Untuk memberi amaran kepada pemandu lain dan pejalan kaki yang berasa hairan dengan caranya memandu, Harpreet memasang siren ambulans pada bahagian atas keretanya. "Saya tetap memperhatikan keselamatan pengguna jalan lain," katanya bangga.

Pada 2005, Harpreet memandu berundur sepanjang jalan dari Rajasthan di India hingga ke Lahore di Pakistan, untuk mempromosikan keamanan antara kedua negara.

Malangnya, mimpi Harpreet untuk mencatatkan namanya ke dalam Guinness Book of World Records suram setelah beliau mengetahui bahawa seorang lelaki dari UK bernama John Smith telah melakukan aksi seperti dirinya.

Dalam rangka untuk memecahkan rekod Smith, Harpreet perlu membuat rakaman video memandu berundur non-stop, dan kerana keterbatasan dana, beliau tidak mampu melakukan itu.

Kebiasaan memandu Harpreet memang membuatnya terkenal di bandar asalnya, tetapi ada risikonya. Beliau sekarang mengalami masalah sakit belakang dan leher yang teruk. "Leher saya sakit dan saya sering mu ntah-muntah," katanya mengakui.

"Saya juga mengalami masalah sakit tulang belakang yang teruk kerana memandu secara terbalik dengan cepat dan saya sering memutarkan tubuh untuk melihat ke belakang."

Tapi Harpreet percaya bahawa itu semua mempunyai nilainya. "Mencapai sesuatu yang istimewa tidak pernah mudah," katanya.

            
0 Komentar untuk "Apa Yang Di Lakukan Pemandu Teksi Ini Pasti Buatkan Anda Rasa Pelik"

Google+ Followers

Jangan Lupa Like ya
×
 
Copyright © 2014 dairishare - All Rights Reserved
Template By Catatan Info