dairishare

berita,info,sejarah,pelik,seram,unik,gambar,lawak,hiburan

Kisah Gadis Cantik Bergambar Selfie Terakhir Sebeluam Mati


Xenia Ignatyeva boleh dikatakan berjiwa berani. Walaupun terkadang tindakannya yang berani dan nekad itu boleh membawa padah, tapi apa yang dilakukan Xenia ini boleh memberi pengajaran penting untuk kita. Gadis cantik berusia 18 tahun ini memang gemar mencipta karya fotografi yang menakjubkan. Beliau adalah seorang jurugambar amatur yang gembira dengan kamera yang dibelinya setahun yang lalu selepas bekerja sambilan. Dia mahu membuat gambar kenangan bersama rakan-rakannya.

Demi mendapatkan gambar selfie ekstrem, Xenia dikatakan naik ke sebuah jambatan pembinaan  Krasnogvardeysky. Dari atas ketinggian, beliau mengambil beberapa gambar selfie tanpa bantuan sesiapa sementara rakannya hanya menunggu di bawah. Malang sekali, Xenia kehilangan keseimbangan dan akhirnya jatuh dari bahagian tepi jambatan.

Xenia bagaimanapun sempat berpaut pada sebatang kabel untuk membantunya bertahan, tetapi malang sekali kerana kebal itu adalah kabel bervoltan tinggi menyebabkan beliau terkena renjatan elektrik hingga maut sebelum akhirnya jatuh ke permukaan konkrit yang berada di bawahnya.
0 Komentar untuk "Kisah Gadis Cantik Bergambar Selfie Terakhir Sebeluam Mati"

Google+ Followers

Jangan Lupa Like ya
×
 
Copyright © 2014 dairishare - All Rights Reserved
Template By Catatan Info