dairishare

berita,info,sejarah,pelik,seram,unik,gambar,lawak,hiburan

Berita Fitnah Paling Pelik Awal Tahun 20an

Kisah ini terjadi pada tahun 1924 di Pennsylvania, Amerika Syarikat. Seekor anjing yang menimbulkan simpati orang ramai. Anjing jenis Labrador itu dilaporkan sebuah media dihukum penjara seumur hidup kerana membunuh seekor kucing.

Ketika itu akhbar tersebut melaporkan anjing hitam bernama Pep ini membunuh kucing milik isteri Gabenor Pennsylvania 'Gifford Pinchot'. Dalam sebuah foto, Pep kelihatan mengenakan nombor tahanan di lehernya.

Akhbar itu melaporkan kisah Pep yang berlebihan. Dikatakan bahawa Pep sama sekali tidak melihatkan wajah bersalah atas tindakannya. Dia dihantar ke penjara seumur hidup, tanpa jaminan.

Berita ini membuat heboh di perkata di Pennsylvania kala itu. Ribuan surat sampai ke meja Pinchot, mengecam tindakannya yang dinilai kejam pada Pep. Namun bukan itu yang sebenarnya berlaku.

Pinchot mengatakan bahawa Pep difitnah oleh media. Beliau mengatakan bahawa Pep bukanlah pembunuh kucing. Kejahatannya adalah merosakkan sofa dan kerusi dengan menggigitinya.

Menurut beliau, Pep adalah pemberian dari anak saudara Pinchot, seorang penternak anjing Labrador. Pep menjadi kesayangan keluarga. Namun, pada awal 1924, dia mula kurang ajar dan merosakkan sofa. Akhirnya Pinchot menghantarnya ke penjara di Maine.

Di penjara ini, Pep bukan sebagai tahanan, tapi penghibur bagi para banduan. Pep dijadikan alat terapi bagi banduan bermasalah. Akhirnya, Pep menjadi kesayangan para banduan. Dia mati beberapa tahun kemudian secara semulajadi.

Walaupun keluarga Pinchot berkali-kali memberikan penjelasan di atas kisah bohong itu. Namun, kisah Pep yang dihukum penjara seumur hidup ternyata lebih menarik dan dicetak ulang cerita Pep di akhbar tersebut.


0 Komentar untuk "Berita Fitnah Paling Pelik Awal Tahun 20an"

Google+ Followers

Jangan Lupa Like ya
×
 
Copyright © 2014 dairishare - All Rights Reserved
Template By Catatan Info