dairishare

berita,info,sejarah,pelik,seram,unik,gambar,lawak,hiburan

Jom Lihat Senarai 10 Orang Paling Di Kehendaki Di Dunia

Semenjak kematian Osama bin Laden, lelaki paling dikehendaki oleh Amerika Syarikat dan dunia pada suatu ketika, sudah tentu ada yang tertanya-tanya siapa pula yang berada di tangga teratas manusia paling dikehendaki..Kalau nak tahu siapa, meh usha kat bawah ni..

10. Ayman al-Zawahiri Ayman 

al-Zawahiri adalah pemimpin Jihad Islam Mesir dari Kaherah dan beliau dikatakan bergabung dengan pihak al-Qaeda. Beliau dianggap sebagai orang kanan Osama bin Laden dan juga terlibat dalam perancangan serangan 9/11 terhadap WTC. Oleh itu, beliau juga berada dalam senarai paling dikehendaki.

 9. Omid Tahvili 

Omid Tahvili adalah ketua kumpulan jenayah Parsi di Kanada dan dikaitkan dengan banyak kumpulan jenayah di peringkat global. Dia melarikan diri dari penjara Kanada pada tahun 2007 dan kini berada dalam pelarian. Beliau juga terlibat dalam sindiket pengubahan wang haram dan kes-kes kecurian di Amerika Syarikat.

8. Felicien Kabuga 

Felicien Kabuga telah dituduh terlibat dalam insiden pembunuhan beramai-ramai (genocide) dan kononnya kini sedang bersembunyi di Kenya. Beliau dikehendaki bagi jenayahnya terhadap kemanusiaan dan hubungan beliau dengan tragedi 100 hari keganasan yang menyebabkan kematian 800,000 rakyat Rwanda.

 7. James Bulger 

James Bulger atau atau dikenali sebagai "Whitey" adalah sebahagian daripada rangkaian jenayah Boston yang terbabit dalam pengedaran dadah dan pembunuhan. Beliau dikatakan telah melakukan lebih 19 pembunuhan dan telah menjadi sebahagian daripada konspirasi pembunuhan, pengubahan wang haram dan pelbagai jenayah lain. Beliau telah berjaya mengelakkan diri dari ditahan polis sejak lebih daripada tiga puluh tahun dan kali terakhir dia dilihat adalah sebagai pemilik harta kekayaan yang bernilai £18 juta pound.

6. Alimzhan Tokhtakhounov 

Alimzhan Tokhtakhounov adalah penjenayah Rusia yang dikehendaki kerana terlibat dalam aktiviti jenayah terancang. Dia terlibat dalam penjualan peluru haram , penyeludupan dan pengedaran dadah dan juga penyeludupan kereta curi.

5. Joseph Kony 

Joseph Kony adalah seorang pemimpin gerila dari Uganda dan pemimpin angkatan pemberontak. Kumpulan ganas pimpinan Joseph Kony dikatakan terlibat dalam jenayah berat terhadap kemanusiaan termasuk melarikan kanak-kanak dan jenayah perang. Mereka telah beroperasi di Sudan dan Congo serta melakukan jenayah yang sama sejak tahun 1986.

4. Semion Mogilevich 

Semion Mogilevich dikenali sebagai "penjenayah paling berbahaya di dunia" dan dipercayai telah menjadi bos utama bagi ketua-ketua organisasi mafia Rusia di seluruh dunia.

3. Dawuud Ibrahim

Dawuud Ibrahim adalah pemimpin rangkaian jenayah India iaitu D-Company. Pada masa kini, dia dikatakan sedang mengetuai rangkaian jenayah ini dan terlibat dalam pembunuhan, penculikan dan urusan dadah di Pakistan, India dan UAE. Dia juga sangat disyaki terlibat dengan pihak al-Qaeda.

2. Matteo Messina Denaro 

Matteo Messina Denaro adalah mafia yang telah mengambil alih kumpulan Cosa Nostra di Itali selepas pemimpin sebelum ini yang juga pesaing beliau telah ditangkap. Penjenayah ini juga dikenali dengan watak buku komik Itali, diabolik. Dia telah berada dalam pelarian sejak lebih dari dua puluh tahun dan masih merupakan manusia yang paling dikehendaki hingga sekarang.

1. Joaquín Guzmán Orang yang paling dikehendaki di dunia,

Joaquín Guzmán juga dikenali sebagai "Shorty" adalah pemimpin kepada Sinaloa Cartel, sebuah organisasi pengedaran dadah antarabangsa. Dia mengambil kontrak perkhidmatan dalam urusan penculikan, pembunuhan sasaran penting dan memeras ugut. Beliau merupakan pengedar dadah nombor satu di Mexico pada tahun 2003 dan selepas beberapa pembunuhan dan pertempuran kejam terhadap pesaing, beliau mendahului senarai orang paling dikehendaki di dunia. Pihak DEA percaya, dia lebih kuat pada hari ini berbanding ketika dua atau tiga tahun yang lalu.
0 Komentar untuk "Jom Lihat Senarai 10 Orang Paling Di Kehendaki Di Dunia"

Google+ Followers

Jangan Lupa Like ya
×
 
Copyright © 2014 dairishare - All Rights Reserved
Template By Catatan Info