dairishare

berita,info,sejarah,pelik,seram,unik,gambar,lawak,hiburan

Inilah Tugu Peringatan Paling Terpencil Boleh Di Lihat Dari Angkasa

Pada 1989, seorang pengganas Libya meletupkan sebiji bom di dalam sebuah pesawat milik Union des Transports Aeriens (UTA) Flight 772. Letupan itu berlaku pada 19 September 1989. .

Kejadian itu berlaku ketika pesawat berada di kawasan Gurun Sahara. Seramai 170 Orang terbunuh ketika kejadian dan serpihan bangkai pesawat jatuh di lokasi terpencil di tengah gurun padang pasir.

Pada tahun 2007 setelah 18 tahun berlalu, ahli keluarga mangsa memutuskan untuk membina tugu di lokasi tersebut untuk menghormati 170 mangsa dalam letupan pesawat itu. Mereka membangunkan sebuah monumen di tengah Gurun Sahara.

Dengan bantuan dan dana kerajaan Libya sebanyak US $ 170 juta, trak-trak membawa batu ke tengah padang pasir tersebut, 70 Km melintasi padang pasir yang tak berkesudahan. Setelah 2 bulan pembianan di tengah cuaca yang 'brutal', tugu tersebut akhirnya disiapkan.

Tugu tersebut boleh dilihat dari angkasa. Bentuknya berupa kompas dengan gambar pesawat di tengahnya. Di salah satu hujung tugu terdapat 170 buah pecahan kaca, masing-masing mewakili mangsa yang terkorban dalam letupan pesawat. Di sudut lainnya pula terdapat sayap pesawat yang berdiri tegak, dengan sebuah plet senarai nama mangsa yang terkorban.

Inilah tugu paling terpencil Dunia, berada di tengah-tengah Gurun Sahara. 







0 Komentar untuk "Inilah Tugu Peringatan Paling Terpencil Boleh Di Lihat Dari Angkasa"

Google+ Followers

Jangan Lupa Like ya
×
 
Copyright © 2014 dairishare - All Rights Reserved
Template By Catatan Info