dairishare

berita,info,sejarah,pelik,seram,unik,gambar,lawak,hiburan

Tahukah Anda Barangan Kulit Dari China Di Perbuat Dari Kulit Anjing


Sarung tangan, kasut dan barang-barang yang diperbuat daripada kulit yang dijual di kedai-kedai di UK atau secara online telah didedahkan bahawa produk kulit yang diperbuat daripada kulit anjing yang disembelih dan disiat dengan cara yang mengerikan di kilang-kilang di China.

Menurut kumpulan pembela hak asasi haiwan, Kulit anjing tersebut dihasilkan di rumah pemotongan haiwan yang digunakan untuk produk dengan label kulit sebenar. Produk-produk tersebut bertujuan untuk di eksport ke negara-negara Barat,

Rakaman yang diambil oleh People for Ethical Treatment of Animals (PETA) menunjukkan para pekerja yang berdiri di depan pintu di sebuah rumah sembelihan yang terletak di wilayah utara Hebei, kelihatan seekor anjing melewati pintu kurungan dan dibunuh menggunakan sebatang kayu.

Pasukan penyiasat PETA Asia telah menemui bukti bahawa industri ini sekurang-kurangnya menguliti 100-200 ekor anjing per hari. Dalam video mengerikan tersebut secara terperinci memperlihatkan anjing-anjing yang disiat dalam keadaan masih hidup.

Industri daging anjing di China kini mula dipersoalkan, namun banyak pelanggan di seluruh dunia tidak menyedari bahawa industri kulit anjing sebegitu kejamnya. Tidak ada peraturan, membuat sebahagian besar pengguna tidak  mengetahui, adakah dompet atau aksesori yang mereka miliki diperbuat dari kulit anjing atau tidak.

PETA juga menyarankan orang ramai untuk membuat alternatif yang lebih berperikemanusiaan dan menganjurkan untuk membeli barang-barang dari kulit sintetik di mana tidak ada haiwan yang kurang bernasib baik.

Note: Berhati-hatilah ketika kita membeli barangan kulit kerana kemungkinan barangan kulit yang datang dari negara China mungkin di perbuat dari kulit anjing. Kita sebagai umat islam adalah di larang menyentuh anjing apatah lagi memakai barangan yang dia perbuat dari kulit anjing.



          
0 Komentar untuk "Tahukah Anda Barangan Kulit Dari China Di Perbuat Dari Kulit Anjing"

Google+ Followers

Jangan Lupa Like ya
×
 
Copyright © 2014 dairishare - All Rights Reserved
Template By Catatan Info