dairishare

berita,info,sejarah,pelik,seram,unik,gambar,lawak,hiburan

4 Orang Ini Mengaku Mampu Menghidupkan Orang Yang Telah Mati

SAM PARNIA

Doktor berusia 41 tahun yang merupakan saintis di Perubatan Universiti Stony Brook, New York, Amerika Syarikat mengaku sanggup menghidupkan orang yang baru meninggal dunia.

Melalui bukunya, "Kita boleh menyelamatkan orang dari kematian selama beberapa jam, atau bahkan lebih lama selepas mereka meninggal,". Parnia mengatakan, ilmu perubatan ketika ini telah berkembang pesat.

Dengan ramuan ubat-ubatan, manusia yang baru meninggal boleh dihidupkan lagi selama 2 jam. Bahkan boleh lebih lama selepas jantung berhenti.

"Di masa hadapan kita boleh menyuntik ubat yang boleh melambatkan proses kematian sel di otak atau organ lain," katanya.
Parnia mempunyai pengalaman berhadapan dengan kematian 20 tahun lalu. Ketika itu pesakit yang ia kenali rapat meninggal sehingga memotivasinya untuk meneliti kematian dan melawannya.

DONNA LEPPITT

Wanita ahli persekutuan Dunia Bangkit dari jemaah Kristian Evangelista ini melakukan amalan membangkitkan orang mati. Leppitt menggunakan cara doa kebaktian daripada teknologi dan ubat hebal.

Leppitt mengaku sanggup menghidupkan kakaknya ketika baru meninggal dunia. Ia dan suaminya itu berdoa di atas jasad kakaknya, hingga mayat itu menunjukan gerakan kecil. Sejak itu ia mula mempelajari doa pembangkit mayat. "Terus berlatih akan membuat sempurna," ujar Leppitt. Untuk cara berlatih, Leppitt membeli mayat dan berusaha menghidupkannya.

TYLER JOHNSON

Paderi muda lulusan Sekolah Paderi Bethel dari Amerika Syarikat ini membentuk pasukan pembangkit kematian, The Raising Dead Team.

Johnson mendakwa telah membanggkitkan 11 mayat. Ia mempunyai visi untuk memperluaskan kelompoknya hingga merebak ke seluruh dunia. Melalui doa, orang meninggal dunia pun boleh kembali dibangkitkan. "Ini penting bagi manusia diberi peluang kedua dalam hidup agar dapat memperbaiki dirinya," ujar Johnson.

WALLY AHMAR
Seorang pesakit yang telah meninggal dunia berjaya dihidupkan kambali selama 42 minit. Begitu dakwaan Wally Ahmar doktor dari Hospital Monash Medical Center di Bandar Melbourne, Australia.

Pesakit tersebut adalah Vanessa Tanasio, beliau dikejarkan ke hopital selepas mengalami saluran tersumbat arteri pada bahagian jantungnya. beliau dinyatakan meninggal dunia secara perubatan.
Namun Ahmar beserta pasukannya tidak menyerah kalah. Dengan bantuan alat khas, Lucas 2, ia menjaga darah tetap mengalir ke otak. Kini Vanessa telah kembali seperti sedia kala. Kejayaan Lucas 2 tersebut menjadi yang pertama kali di uji cuba kepada manusia. Menurut perubatan, kematian adalah berhentinya nafas serta aliran darah ke seluruh tubuh.
0 Komentar untuk "4 Orang Ini Mengaku Mampu Menghidupkan Orang Yang Telah Mati"

Google+ Followers

Jangan Lupa Like ya
×
 
Copyright © 2014 dairishare - All Rights Reserved
Template By Catatan Info