dairishare

berita,info,sejarah,pelik,seram,unik,gambar,lawak,hiburan

Putera Mahkota Dubai Paling Tampan Dan Paling Kaya

Dengan ketampanan seorang lelaki membuat wanita yang memilikinya merasa semakin percaya diri apabila dilihat semua orang. Rasanya seperti menjadi wanita paling bertuah di dunia kerana tidak semua wanita boleh mendapatkan seperti yang didapatkannya.

Kemudian soal kekayaan, mungkin tak perlu ditanya lagi. Bila wanita mendapatkan lelaki yang kaya tentu akan merasa hidupnya terjamin tanpa perlu bimbang dan apa-apa yang diinginkannya dapat diberikan dengan mudah.

Salah satu lelaki di dunia yang serupa dengan dua perkara di atas iaitu Hamdan bin Mohammed Al Maktoum atau yang dikenali sebagai Sheikh Hamdan. Lelaki yang lahir pada 13 November 1987 ini adalah Putra Mahkota Kerajaan Dubai, Kerajaan terkaya di dunia.

Ayahnya adalah Perdana Menteri Emiriah Arab, Mohammed bin Rashid Al Maktoum. Kemudian Ibunya adalah Hind bint Maktoum bin Juma Al Maktoum.

Ketampanannya membuat dunia terkejut terutamanya kaum hawa. Sebagai calon pewaris takhta kerajaan Dubai, semenjak kecil Hamdan sudah diikutkan mendapat pendidikan terbaik di Dubai. Menghabiskan masa rendah dan menengah di Dubai, Hamdan memilih meneruskan pelajaran di London School of Economics.

Sheikh Hamdan mempunyai hobi yang membuat banyak wanita semakin cinta padanya. Sangat romantis, Hamdan adalah seorang penulis puisi dan dia memilih nama 'Fazza' sebagai identitinya dalam menulis puisi.


0 Komentar untuk "Putera Mahkota Dubai Paling Tampan Dan Paling Kaya "

Google+ Followers

Jangan Lupa Like ya
×
 
Copyright © 2014 dairishare - All Rights Reserved
Template By Catatan Info