dairishare

berita,info,sejarah,pelik,seram,unik,gambar,lawak,hiburan

Penjara Paling Unik Dan Berwarna Warni

Penjara Aranjuez di Sepanyol bukanlah penjara biasa. Kesan menyeramkan dan membosankan tidak sama sekali wujud pada bangunan penjara. Kalau tidak percaya, anda boleh melancong ke Sepanyol untuk mengunjungi Penjara Aranjuez. Hampir berada di Bandar Aranjuez, berjarak hanya 50 km dari Bandar Madrid.

Jangan terkejut jika bangunan penjara ini tidak seperti rumah tahanan pada kebiasaannya. Penjara Aranjuez kelihatan lebih rapi dan penuh warna warni. Penjara ini sangat ramah bagi keluarga dan kanak-kanak para banduan. Bahkan banyak yang menyebutkan bahawa ini adalah penjara lima bintang .

Yang paling menarik dari penjara ini tentu saja ruangannya yang sangat rapi dan bersih. Tidak ada kesan kotor di sini. Yang ada hanya aroma wangi dari setiap ruangannya dan tentu saja gambar-gambar kartun di dinding setiap sel banduan.



Setiap sel mempunyai gambar yang berbeza, kebanyakan dikenali oleh kanak-kanak. Di dinding yang berwarna putih dan biru terang, melekat gambar tokoh kartun Tweety, Alice in Wonderland, Spongebob Squarepants, dan masih banyak lagi yang lain.

Selain ruang tahanan yang selesa, Penjara Aranjuez juga mempunyai kemudahan 'unik' lain, seperti taman bermain untuk kanak-kanak kecil dan bilik khas untuk ibu menyusui.

0 Komentar untuk "Penjara Paling Unik Dan Berwarna Warni"

Google+ Followers

Jangan Lupa Like ya
×
 
Copyright © 2014 dairishare - All Rights Reserved
Template By Catatan Info