dairishare

berita,info,sejarah,pelik,seram,unik,gambar,lawak,hiburan

Kisah Lelaki Memahat Gunung Selama 20 Tahun Selepas Kematian Isterinya

DASHRATH Manjhi membelah gunung selama 20 tahun dengan memahat menggunakan alat-alat yang mudah.

Kisah ini bermula pada sekitar 1960-an apabila isteri Dashrath Manjhi, Falguni Devi cedera di dalam sebuah kemalangan. Kerana lokasi desa yang sangat sukar ditempuh kerana perlu melalui bukit setinggi 300 kaki, akan tetapi di tengah perjalanan ke hospital yang jauh Falguni Devi meninggal dunia.

Kecewa dengan kematian isterinya yang sebenarnya boleh dirawat seandainya akses jalan mudah dilalui, Dashrath meminta kerajaan tempatan untuk membina jalan menembus sebuah gunung. Kerana tidak mahu kejadian yang menimpa isterinya berlaku lagi kepada yang lain.

Akan tetapi permintaan tersebut diabaikan oleh kerajaan kerana penduduk kampung Gaya bukan dari kasta yang tinggi atau orang berada, padahal jika dilaksanakan perjalanan yang tadinya ditempuh sejauh 70 kilometer akan menjadi 7 kilometer sahaja.

"Istriku, Faguni Devi, terjatuh dan cedera parah apabila melintasi bukit ini. Pada waktu itu dia bermaksud membawakan air minum untukku. Saya bekerja di sebuah ladang yang terletak di balik bukit ini. Itulah hari dimana saya memutuskan untuk memahat bukit ini dan menjadikanya sebuah jalan. "Kata Dashrath Manjhi.

Akhirnya terselitlah dalam hati Dashrath untuk melakukan 'idea gila'nya iaitu membelah bukit tersebut yang selama ini menjadi pemisah bagi kehidupan penduduk kampung Gaya, dengan menggunakan peralatan seadanya, yaitu palu, kapak dll.

Ketika ia memulakan projek ini pada tahun 1960 banyak penduduk yang mencibir dan meragukan tekadnya tersebut, bahkan sebahagian mereka mengatakannya gila kerana kesedihan yang mendalam ketika kehilangan isterinya.

Tapi pada tahun 1982 atau selama 22 tahun kemudian, jalan raya sepanjang hampir 1 kilometer dan selebar 16 kaki ini selesai dibina, Dashrath seketika menjadi pahlawan bagi penduduk kampung Gaya.

Ironinya, Dashrath Manjhi tidak menerima pengakuan apa-apa dari pihak kerajaan, bahkan ketika ia meninggal dunia di tahun 2007, ia hanya menerima pengurusan pengkebumiannya oleh negara. Tidak lebih.



0 Komentar untuk "Kisah Lelaki Memahat Gunung Selama 20 Tahun Selepas Kematian Isterinya"

Google+ Followers

Jangan Lupa Like ya
×
 
Copyright © 2014 dairishare - All Rights Reserved
Template By Catatan Info