dairishare

berita,info,sejarah,pelik,seram,unik,gambar,lawak,hiburan

Video Kanak-Kanak 3 Tahun Hidup Kembali Sebelum Di Kebumikan

Kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun disahkan meninggal oleh doktor kerana tidak memberi sebarang respon dan dianggap sudah tidak bernyawa lagi secara perubatan. Namun ketika di hari pengebumian beliau, kanak-kanak kecil ini kembali hidup sebelum kerandanya dikebumikan.

Dipetik dari Huffingtonpost, peristiwa ini terjadi di sebuah gereja wilayah Aurora, Zamboanga del Sur, Filipina. Nama kanak-kanak kecil ini belum diketahui ketika beritanya ditayangkan, namun dia membuat cerita menggemparkan di hari 'pengebumian'. Sebelum penutup keranda disatukan, petugas gereja melihat pergerakan dari tubuh kanak-kanak kecil tersebut. Tidak berapa lama, anak kecil membuka kedua matanya, seolah dia baru saja bangun tidur.

Melihat hal itu, kanak-kanak kecil itu lantas digendong keluar dari kerandanya. Keajaiban ini jelas menjadi hal yang membahagiakan keluarga. Kanak-kanak itu mengalami demam kuat selama seminggu dan pada akhirnya tidak menunjukkan tanda-tanda kehidupan. Pada hari Jumaat lalu (11/7), kanak-kanak itu dinyatakan meninggal pada pukul 9 pagi oleh pasukan perubatan. Keluarga akan melakukan proses pengebumian keesokan harinya.

Namun siapa sangka, air mata sedih keluarga beruubah bahagia ketika kanak-kanak kecil itu kembali hidup sebelum dikebumikan.

0 Komentar untuk "Video Kanak-Kanak 3 Tahun Hidup Kembali Sebelum Di Kebumikan"

Google+ Followers

Jangan Lupa Like ya
×
 
Copyright © 2014 dairishare - All Rights Reserved
Template By Catatan Info