dairishare

berita,info,sejarah,pelik,seram,unik,gambar,lawak,hiburan

Video Detik Jambatan Runtuh Hempap Kenderaan Di Brazil

BELO HORIZONTE: Dua maut,  manakala 19 yang lain cedera apabila sebuah jambatan yang dalam pembinaan runtuh di Belo Horizonte, Brazil sebelum menghempap beberapa kenderaan yang lalu di bawahnya termasuk sebuah bas.

Ia dilaporkan oleh jabatan kesihatan wilayah Minas Gerais negara itu.

Menurut bomba, 13 yang lain berjaya diselamatkan namun pemandu wanita bas berkenaan menemui ajal di tempat kejadian.

Runtuhan berlaku di kawasan pembinaan infrastruktur untuk temasya Piala Dunia 2014 yang sedang berlangsung dimana Brazil menjadi tuan rumah.

Jambatan berkenaan terletak kira-kira lima kilometer dari Stadium Mineirao antara venue perlawanan Piala Dunia.

Sehingga kini, tiada laporan berkenaan penglibatan pelancong dalam insiden itu.

Projek berkenaan sepatutnya siap sebelum kejohanan piala dunia bermula tetapi telah tergendala.



0 Komentar untuk "Video Detik Jambatan Runtuh Hempap Kenderaan Di Brazil"

Google+ Followers

Jangan Lupa Like ya
×
 
Copyright © 2014 dairishare - All Rights Reserved
Template By Catatan Info