dairishare

berita,info,sejarah,pelik,seram,unik,gambar,lawak,hiburan

Inilah Kucing Paling Pendek Di Dunia

Seekor kucing asal dari California baru-baru ini memecahkan rekod sebagai kucing terpendek di dunia.

Kucing bernama Little Pixel ini dimiliki oleh seorang wanita Tiffani Kjeldergaard yang berasal dari Potrero, California. Sebelumnya, rekod ini dipegang oleh induk Little Pixel yang bernama Fizz Girl dengan tinggi 6 inci pada tahun 2012. Tahun lalu, rekod ini dipecahkan oleh Cye, kucing dari jenis Napoleon Munchkin asal Kanada dengan tinggi 5.3 inci.

Little Pixel dan Fizz Girl merupakan kucing jenis Mini Mew Munchkin yang dikenali sebagai penjaga rumah. Rata-rata, tinggi kucing jenis ini adalah 10 inci. Namun, sejak kehadiran Fizz Girl yang lahir pada tahun 1995, kakinya yang pendek tersebut ditunjukkan oleh para pakar haiwan sebagai masalah kesihatan yang serius. Namun, Persatuan Khusus Para Pencinta Kucing (The International Cat Association) mengeluarkan ciri-ciri baru untuk kucing jenis Munchkin pada tahun 1995, yakni berkaki pendek, yang disebabkan oleh mutasi genetik secara semulajadi. Meski pun demikian, kucing-kucing tersebut tumbuh sihat dan boleh berlari serta bergerak dengan lincah.

Dipetik dari Bundapoker, Sabtu (3/7/2014), meski hingga kini masih belum disahkan secara rasmi oleh pihak Guinness World Records, namun Tiffani, pemilik Little Pixel berkeras bahawa kucingnyalah yang memecahkan rekod untuk kategori tersebut tahun ini.



0 Komentar untuk "Inilah Kucing Paling Pendek Di Dunia"

Google+ Followers

Jangan Lupa Like ya
×
 
Copyright © 2014 dairishare - All Rights Reserved
Template By Catatan Info