dairishare

berita,info,sejarah,pelik,seram,unik,gambar,lawak,hiburan

Budak 18 Bulan Tertusuk Penyepit Dari Mulut Tembus Ke Otak

Seorang kanak-kanak di China memerlukan pembedahan otak kecemasan selepas tertusuk penyepit di dalam mulutnya semasa berjalan.

Penyepit dikatakan masih dalam mulut Li Kaiyi apabila dia tersandung dan jatuh ke hadapan, menyebabkan penyepit tersebut tertusuk tembus dari lelangit mulut hingga ke dalam otak.

Kanak-kanak 18 bulan berada di rumah seorang temannya di Yueyang di Hunan Province, China apabila kemalangan ini berlaku.

Selepas makan malam, Li sedang bermain dengan rakan-rakannya apabila dia tersandung dan dikejarkan ke hospital di mana pasukan perubatan melakukan pembedahan kecemasan untuk membuang penyepit itu.

Pakar Bedah Liu Jinfang berkata: 'penyepit itu telah tertusuk sedalam 2cm ke dalam tisu otak, dan beliau amat bernasib baik kerana penyepit itu tidak mencederakan batang otak atau saraf utama.'

Kanak-kanak itu dijangka akan berada lama di hospital untuk pemulihan penuh.



0 Komentar untuk "Budak 18 Bulan Tertusuk Penyepit Dari Mulut Tembus Ke Otak"

Google+ Followers

Jangan Lupa Like ya
×
 
Copyright © 2014 dairishare - All Rights Reserved
Template By Catatan Info