dairishare

berita,info,sejarah,pelik,seram,unik,gambar,lawak,hiburan

Lelaki Di Kenakan Hukuman Gantung Kerana Melawan Tuhan

Iran telah mengenakan hukuman gantung pada seorang lelaki bernama Khosravi Savadjani kerana menyatakan perang melawan Tuhan kerana beliau membantu Organisasi Rakyat Mujahidin Iran (PMOI), sebuah kumpulan pembangkang kerajaan di luar negeri.

Pengumuman dia digantung hanya selang beberapa jam selepas lembaga pembela hak asasi Amnesty Antarabangsa menyatakan mahkamah Savadjani pada 2010 tidak adil, seperti yang dilaporkan oleh stesen televisyen Al Arabiya, Ahad (1/6).

Amnesty berkata keluarga Savadjani diberitahu oleh pegawai penjara pada dua hari lalu bahawa mereka harus datang ke penjara di sebelah barat Tehran. Notis itu seolah-olah kabar tentang hukuman gantung terhadap Savadjani tidak boleh dielakkan.

Savadjani sebelum ini ditahan di sel khas di Penjara Evin di Ibu Kota Tehran. Tertuduh yang di kenakan hukuman mati di Iran biasanya ditempatkan di sel pengasingan sebelum dilaksanakan.

Sebelum dilaksanakan Amnesty menyatakan hukuman mati bagi Savadjani itu melanggar undang-undang antarabangsa dan domestik. Seharusnya Savadjani, yang dipenjara sejak 2008, hanya mendapat hukuman ringan atas perbuatannya.

PMOI dibentuk pada 1960-an untuk menentang kuasa shah yang dianggap pro Barat.

Setelah meletus Revolusi Iran yang menggulingkan shah, PMOI menentang kuasa ulama Iran dan Tehran dengan mengangkat senjata. Mereka menyatakan shah telah membantai ribuan rakyat awam Iran.

Iran mengatakan para ahli PMOI yang kini tinggal di Iraq sebagai orang buangan dan akan dihantar pulang untuk menghadapi tuntutan undang-undang.

Savadjani ditangkap pada 1981 dan dipenjara selama beberapa tahun. Dia kemudian ditangkap lagi pada 2008 setelah berhubungan dengan PMOI.

Dia juga didakwa kerana memberikan bantuan dana bagi kumpulan PMOI.

-merdeka.com
0 Komentar untuk "Lelaki Di Kenakan Hukuman Gantung Kerana Melawan Tuhan"

Google+ Followers

Jangan Lupa Like ya
×
 
Copyright © 2014 dairishare - All Rights Reserved
Template By Catatan Info