dairishare

berita,info,sejarah,pelik,seram,unik,gambar,lawak,hiburan

Kerana Kemiskinan Mereka Bersekolah Hanya Di Bawah Jambatan

Demi mengejar ilmu di zaman ini, kanak-kanak miskin di negara India sanggup belajar di sekolah bawah jambatan asalkan usaha mereka untuk mengenal huruf dapat dikecapi.

Kebiasaannya, mereka yang hidup gelandangan terlalu sukar untuk bersekolah di sekolah-sekolah yang ada memandangkan kos pendidikan terlalu tinggi.

Di New Delhi, anak-anak miskin diberi pendidikan hanya di bawah jambatan busuk sahaja.

Tidak di sekolah-sekolah besar yang mempunyai kelengkapan yang penuh seperti meja, kerusi, buku dan sebagainya.

Di sekolah itu, mereka dibekalkan dua orang guru sahaja selain dua papan hitam untuk menulis setiap ajaran dari guru-guru mereka.

Sekolah itu ditubuhkan secara percuma dengan hasrat untuk mengajar anak-anak miskin itu tentang asas matematik, kaedah membaca, menulis dan sebagainya.

Malah, setiap pelajar di sekolah itu akan belajar di sana selama tiga tahun.

Hingga kini, seramai 30 orang murid telah bersekolah di sekolah serba kekurangan itu.













0 Komentar untuk "Kerana Kemiskinan Mereka Bersekolah Hanya Di Bawah Jambatan"

Google+ Followers

Jangan Lupa Like ya
×
 
Copyright © 2014 dairishare - All Rights Reserved
Template By Catatan Info