dairishare

berita,info,sejarah,pelik,seram,unik,gambar,lawak,hiburan

Jambatan Kayu Berusia 1000 Tahun Kukuh Hingga Sekarang

Seperti yang kita ketahui bahawa bangunan yang menggunakan bahan dari kayu tidak akan boleh bertahan lama melebihi yang terbuat dari konkrit. Namun sebuah jambatan kayu di China telah bertahan dan kukuh selama 1000 tahun.

Jambatan tersebut adalah jambatan Yangmeizhou, berada di desa Xiadang, Shouning County, China. Dengan menggunakan bahan binaan dari kayu, jambatan tersebut masih berdiri dengan kukuh sehingga hari ini. Dipetik dari Dailymail, jambatan kayu tersebut dibina pada masa Dinasti Ming, iaitu sekitar 1000 tahun lalu. Jambatan tersebut menghubungkan hutan dengan tanaman yang rimbun, hal ini menjadi spekulasi bahawa tidak adanya kerosakkan alam dan akibat banjir yang membuatkan jambatan tetap kekal utuh.

Dilihat dari struktur binaannya, jambatan tersebut memperlihatkan betapa pakarnya tangan-tangan pembuatnya yang sangat menakjubkan. Kayu-kayu yang digunakan disatukan dengan teknik luar biasa, seperti sebuah tenunan yang terbuat dari kayu. Bentuk jambatan yang melengkung menyatukan dengan kedua sisi sungai, sedangkan untuk melindungi penggunanya dari hujan dan panas, terdapat atap yang kukuh disepanjang jambatan.

Kerana keadaannya yang tetap terjaga walau telah berusia tua, jambatan ini bahkan dimasukkan dalam warisan dunia oleh UNESCO.





0 Komentar untuk "Jambatan Kayu Berusia 1000 Tahun Kukuh Hingga Sekarang"

Google+ Followers

Jangan Lupa Like ya
×
 
Copyright © 2014 dairishare - All Rights Reserved
Template By Catatan Info