dairishare

berita,info,sejarah,pelik,seram,unik,gambar,lawak,hiburan

Demi Mirip Super Model Gadis Cantik Ini Lakukan Pembedahan Plastik


Seorang gadis dari Korea Selatan sanggup membuat pembedahan plastik semata-mata ingin kelihatan seperti model terkenal jenama Victoria’s Secret, Miranda Kerr. Gadis tersebut muncul dalam satu episod bagi rancangan Martian X-Files, yang berkisarkan kehidupan aneh dan unik individu bukan selebriti dan kali ini tetamunya ialah seorang wanita yang menjalani pembedahan plastik untuk kelihatan seperti Miranda Kerr. Gadis tersebut sanggup melakukan pembedahan plastik untuk menyerupai idolanya itu.

“Saya nak kelihatan seperti Miranda Kerr, jadi saya mengambil keputusan untuk menjalani pembedahan demi merealisasikan impian tersebut,” katanya.

Gadis itu berkata dia hanya melakukan pembedahan di bahagian mata dan hidung. Dan selebihnya hanya melalui solekan di wajah untuk kelihatan mirip Miranda Kerr – Gadis ini mulakan dengan langkah solekan asas. Langkah seterusnya ialah kening dengan menambah tirus tajam seperti Miranda. Gadis ini juga menghabiskan masa yang paling lama di bahagian mata, kemudian menambah beberapa penekanan pada bahagian bibir.


0 Komentar untuk "Demi Mirip Super Model Gadis Cantik Ini Lakukan Pembedahan Plastik"

Google+ Followers

Jangan Lupa Like ya
×
 
Copyright © 2014 dairishare - All Rights Reserved
Template By Catatan Info