dairishare

berita,info,sejarah,pelik,seram,unik,gambar,lawak,hiburan

Wanita Cantik Menderita Penyakit Aneh Jadi Tua Selepas Lahirkan Anak

Seorang wanita China berusia 28 tahun, bernama Hu Junhua tiba-tiba menjadi tua selepas melahirkan anaknya. Kulitnya menjadi kendur dan berkedut. Sebelum ini ia menyangka bahawa kulitnya yang mendadak menjadi tua ini merupakan proses yang semula jadi ketika melahirkan anak.

Namun setelah beberapa bulan melahirkan anak kulitnya tidak kembali normal malah kedutan dan penuaan kulitnya semangkin bertambah banyak terutama pada wajahnya. Kulit wajahnya yang pada mulanya halus dan licin menjadi semakin berkeriput sehingga membuat wajahnya kelihatan seperti seorang nenek berusia 80 tahunan. Ia kemudian melakukan pemeriksaan hospital dan akhirnya mendapat tahu dirinya menderita sebuah penyakit ganjil yang bernama Cutis laxa.

Cutis laxa adalah gangguan yang menyerang rangkaian kulit sehingga membuat pesakit kehilangan keanjalan lapisan kulit dan gangguan kekuatan otot, sendi, dan organ vital lain seperti jantung, saluran darah, sendi, usus, dan paru-paru.

Apabila beliau dapat tahu bahawa dirinya menderita penyakit yang jarang berlaku dan aneh, ia berasa ingin bunuh diri kerana tidak mampu menahan tekanan batin akibat penyakit yang dideritainya. Baginya penyakit ini membuatnya sangat menderita dan kelihatan sangat buruk.

Kebanyakkan kes yang ditemui ternyata penyakit Cutis laxa ini merupakan penyakit yang sukar untuk diubati. Belum ada ubat yang tepat yang berkesan untuk rawatan penyakit ganjil ini. Penyelesaian sementara adalah menjalani pembedahan plastik.





0 Komentar untuk "Wanita Cantik Menderita Penyakit Aneh Jadi Tua Selepas Lahirkan Anak"

Google+ Followers

Jangan Lupa Like ya
×
 
Copyright © 2014 dairishare - All Rights Reserved
Template By Catatan Info