dairishare

berita,info,sejarah,pelik,seram,unik,gambar,lawak,hiburan

Video Lelaki Berjaya Sambut Bayi Jatuh Dari Banggunan


 Adegan dramatik dua lelaki China menangkap seorang bayi yang jatuh dari ketinggian , terakam video . Untungnya , bayi lelaki tersebut berjaya ditangkap dengan baik oleh kedua-dua lelaki tersebut.

Seperti dilapor AFP , Jumaat ( 23/5/2014 ) , dalam video yang dikeluarkan oleh media nasional tempatan , terlihat ada seorang lelaki yang bergegas dan berlari mendekati sebuah bangunan di tengah hujan lebat . Rupanya lelaki ini melihat ada seorang bayi yang memanjat tingkap tingkat dua di salah satu pangsapuri .

Dalam rakaman video tersebut , kelihatan juga ada seorang lelaki lain yang ikut menyertai . Kedua lelaki tersebut merenggangkan tangan mereka ke depan , dalam kedudukan siap menangkap bayi berusia 1 tahun tersebut .

Kelihatan raut wajah yang tegang pada kedua lelaki tersebut . Sedangkan beberapa warga lain yang ada di sekitar mereka hanya boleh berdoa . Beberapa saat kemudian , bayi itu jatuh ke bawah , tepat di lengan kedua lelaki tersebut .

" Saya tidak banyak berfikir ketika itu . Saya hanya takut gagal menangkapnya , " ucap salah satu lelaki yang menyelamatkan bayi tersebut .

Insiden tersebut berlaku pada Ahad ( 19 / 5 ). Tidak disebutkan lebih lanjut di mana ibu si bayi berada semasa insiden ini terjadi . Namun usai si bayi berjaya ditangkap dengan selamat , terlihat seorang wanita mendokong dengan penuh kelegaan.

0 Komentar untuk "Video Lelaki Berjaya Sambut Bayi Jatuh Dari Banggunan"

Google+ Followers

Jangan Lupa Like ya
×
 
Copyright © 2014 dairishare - All Rights Reserved
Template By Catatan Info