dairishare

berita,info,sejarah,pelik,seram,unik,gambar,lawak,hiburan

Tips Cara Buat Telur Hiasan Berwarna-Warni

Perhiasan hantaran dalam sesuatu majlis perkahwinan sudah menjadi lumrah dalam tradisi kita sekarang. Dalam majlis penikahan, telur rebus pasti tidak dapat di pisahkan dari tradisi hantaran ataupun di berikan kepada tetamu yang hadir pada hari persandingan.

Jadi disini saya nak berkongsi sedikit Tips cara membuat telur kelihatan lebih menarik untuk di lihat.
Bagaimana?,caranya amat mudah sahaja, apa yang perlu anda lakukan hanyalah, cari kain yang larut warna, telur, dan benang.

Dah ada semua barang yang di perlukan? Potong kain yang mudah larut tadi dalam bentuk segi empat, saiznya dalam 20cm keatas supaya mudah diikat, lebih banyak corak dan warna pada kain lebih menarik dilihat, rasanya ramai dah boleh agakkan bagaimana nak buat seterusnyakan. Letakkan telur dalam kain tadi kemudian ikat di kain bahagian atas seperti dalam gambar di bawah ini. Terpulang pada anda untuk ikat di bahagian tepi atau atas kerana bahagian telur yang di ikat akan menampakkan kesan kedutan warna kain yang diikat larut pada kulit telur setelah selesai direbus. Dah siap semua tu, rebus kesemuanya sekali. Mudah kan?

PRINGATAN: Jangan rebus terlampau lama, kerana sekiranya telur di rebus telalu lama akan menyebabkan telur retak dan warna kain akan menyerap masuk kedalam telur dan merbahayakan kesihatan jika dimakan.









0 Komentar untuk "Tips Cara Buat Telur Hiasan Berwarna-Warni"

Google+ Followers

Jangan Lupa Like ya
×
 
Copyright © 2014 dairishare - All Rights Reserved
Template By Catatan Info