dairishare

berita,info,sejarah,pelik,seram,unik,gambar,lawak,hiburan

Sukarnya Kehidupan Di China Terpaksa Tinggal Dalam Bilik Kecil

Kehidupan di China kini semakin susah. Dengan jumlah penduduk yang amat ramai bererti persaingan hidup yang amat ketara.Ketika ini, harga sewa tempat tinggal per bulan di China sudah melambung tinggi. Bahkan, beberapa orang terpaksa rela tinggal di dalam sebuah bilik berukuran 4.5 meter persegi dan terpaksa berhimpit.

Siapa pun boleh lihat cara hidup mereka yang bekerja di Wilayah Hubei, China, ini. Seorang pemilik bangunan mengubah bangunan setinggi enam tingkat miliknya menjadi 55 "rumah kapsul". Setiap bilik yang disebut dengan "kapsul" ini berfungsi sebagai ruang tidur, ruang tamu, bilik mandi, dan sekaligus dapur.

Tentu saja ini terasa sempit dan sesak. Walaupun hanya berupa sebuah bilik kecil, pemilik bangunan mengenakan kos sewa sehingga sekitar 324 yuan per bulan. Mahal dan terasa mencekik darah.

Tapi itulah hakikat yang mereka harus terima, walaupun terpaksa tinggal dalam sebuah bilik kecil.


0 Komentar untuk "Sukarnya Kehidupan Di China Terpaksa Tinggal Dalam Bilik Kecil"

Google+ Followers

Jangan Lupa Like ya
×
 
Copyright © 2014 dairishare - All Rights Reserved
Template By Catatan Info