dairishare

berita,info,sejarah,pelik,seram,unik,gambar,lawak,hiburan

Pembedahan Pemindahan Kulit Muka Akibat Kanser

Warsaw : Seorang wanita Poland yang cacat mukanya kerana ketumbuhan besar mendapat wajah baru.

Wanita yang hanya dikenali sebagai Joanna itu mendapat wajah baru selepas menjalani transplan muka , yang kedua di negara itu .

Sebelum pembedahan , Joanna berdepan kesukaran untuk mengunyah dan menelan makanan mahupun bercakap .

Pakar bedah Dr Adam Maciejewski yang mengetuai pembedahan selama 23 jam itu berkata , dia berharap 80 peratus transplan kulit pada wajah pesakit akan pulih dan berfungsi kembali. Pembedahan yang dilakukan di Pusat Kanser dan Institut Onkologi di Gliwice , Poland .

Joanna mengalami kecacatan akibat Neurofibromatosis - keadaan genetik yang menyebabkan ketumbuhan tidak mengancam nyawa tumbuh di sepanjang sarafnya .

Keadaan itu juga menyebabkan masalah tulang , tekanan terhadap saraf spina , kesakitan , kecacatan pembelajaran dan penglihatan serta pendengaran . Tiada rawatan boleh memulihkan keadaan itu .

Walaupun kebanyakan mereka yang mengalami masalah itu yang diwarisi daripada ibu atau bapa , 50 peratus memperolehnya secara rawak daripada mutasi gen sebelum dilahirkan .

Pada Mei tahun lalu , Maciejewski dan rakan sekerjanya menjalankan transplan muka pertama di Poland terhadap seorang lelaki yang koyak wajahnya akibat terkena mesin pemotong batu . Keadaannya dikatakan semakin pulih .

Pembedahan dijalani lelaki itu mengambil masa 27 jam dan dilakukan seminggu selepas dia terbabit dalam nahas berkenaan .


0 Komentar untuk "Pembedahan Pemindahan Kulit Muka Akibat Kanser"

Google+ Followers

Jangan Lupa Like ya
×
 
Copyright © 2014 dairishare - All Rights Reserved
Template By Catatan Info