dairishare

berita,info,sejarah,pelik,seram,unik,gambar,lawak,hiburan

Kucing Di Dera Dengan Kejam Kerana Mirip Hitler


Seekor kucing didera secara kejam bahkan matanya sebelah jadi buta. Ini berlaku di Kota Gloucestershire, United Kingdom. Haiwan itu disakiti sebab mempunyai misai mirip pemimpin Nazi Adolf Hitler.

Akhbar the Daily Mail melaporkan, kucing bernama Baz ini mempunyai bulu hitam di bawah hidung seperti misai Hitler. Pemiliknya Kirsty Sparrow kesal hal itu terjadi pada haiwan kesayangannya.

Baz ditemui di tempat sampah dengan beberapa kecederaan parah oleh jiran Sparrow. Pemiliknya membawanya ke klinik haiwan untuk dirawat dan doktor haiwan terpaksa membuang satu mata Baz sebab lukanya sangat parah.

Sparrow yakin kucingnya telah menjadi sasaran mereka anti-Nazi. "Kebencian telah membuat mereka menyakiti Baz," ujar Sparrow.

Baz telah hilang selama beberapa hari hingga Sparrow memuat naik fotonya di jejaring sosial Facebook dan menuliskan jika ada yang melihat kucing itu supaya menghubunginya.

polis Gloucestershire akan menyiasat kes ini. Pelakunya boleh dikenakan dengan hukum menganiaya haiwan.
0 Komentar untuk "Kucing Di Dera Dengan Kejam Kerana Mirip Hitler"

Google+ Followers

Jangan Lupa Like ya
×
 
Copyright © 2014 dairishare - All Rights Reserved
Template By Catatan Info